Selasa, 26 Januari 2010

Apa nak jadi lah dunia sekarang? Bosan sungguh aku dengan sikap sesetengah manusia yang tidak tahu mengawal rasa dan perasaan. Terkadang apa yang dilakukan adalah tanpa berfikir panjang.
Sedar atau tidak generasi baru hari ini dibesarkan dengan budaya menghina dan mencaci. Apabila sudah terbiasa dengan situasi yang sebegitu maka perbuatan biadap itu dianggap sesuatu yang biasa. Seorang perdana menteri sendiri sesuka hati dicaci, melarat pula pada Almarhum Sultan Johor dan Nabi Muhammad sendiri tidak terlepas dari cacian.

Mengapa? Kemana telunjuk kita mahu menghala sekarang?

Budaya orang Asia sangat mementingkan adap sopan tutur kata dan tingkah laku. Tidak kira sama ada kaum Melayu, Cina ,India atau suku kaum yang lain. Tetapi mengapa akhir-akhir ini adap sopan yang sangat disanjung dulunya kini dibiarkan tanpa ada sesiapa yang mahu peduli.

Kebebasan berkata-kata seharusnya beralas, Jaga hati dan jaga lidah.

Tiada ulasan:

Alia's guest book