Selasa, 1 November 2011

Cerita sang Putera 3


Mengapa naga itu kau gelar Putera? Tanya sang Pari yang sedang enak terbang menari.

Puteri diam tidak mejawap. Masih memandang awan.

Pari terbang dihadapan wajah. Puteri berkalih.

Dia cuma seekor naga, tapi airmata mu luruh demi naga itu? Bisik pari di telinga.

Menjauh sang pari, bagimu dia cuma seekor naga, bagiku dia lebih dari itu.

Hemmm..puteri yang bersedih demi seekor naga yang hodoh.

Puteri merebahkan diri diatas hamparan bunga wangi yang luruh...

Sang pari masih terbang dan menari.

Lupakan Naga itu.

Puteri mencampak segenggam bunga, pari mengelak.

Lupakan dia , puteri ku. Biar aku mencari putera yang sepadan dengan mu.

Apa yang kau pandang wahai si pari, luaran atau hati?

Luaran sangat perlu, apa pulak yang kau pandang pada naga hodoh itu ? Hodoh tidak

terperi, nafas pulak berhembus api.

Aku mahu dia kembali...

Kembali? Dia ? Naga itu lagi..?

Dah nyata kamu sedikit gila , wahai puteri jelita.

Kamu juga sang Pari kecil, kamu juga gila.

Puteri tersenyum memandang awan.

Kalaulah kamu tahu apa yang telah dia lakukan untuk cinta, aku pasti kamu takkan

menggelar dia naga yang hodoh.

Kalaulah kamu tahu siapa dia sebenarnya sang pari kecil...

Sang pari menopang dagu ,kaki duduk bersilang namun masih ligat mengepak sayap.

Hairan aku melihat kamu, cinta? Naga?!!!

Huh ! Aku takkan percaya pada sang naga itu, banyak pari-pari mati dihembus nafas

naga.

Tapi dia bukan naga sebegitu, dia Putera ku wahai sang Pari, dia takkan sekejam

naga-naga lain.Dia adalah seorang Putera bertubuh naga tetapi berhati indah.

Aku tak faham , Puteri, Putera yang bertubuh naga?!!!

Sangat-sangat menghairankan, jangan sampai kamu ditipu dan dihembus nafas panas naga

hodoh itu.

Puteri tersenyum lagi, cuba meraih pari yang terbang tinggi.

Kalaulah aku juga bersayap seperti mu pari, tentu aku sudah terbang diawan itu,

mencari Putera naga ku.

Pari ketawa menekan-nekan perut, seolah terlalu lucu kata-kata yang terkeluar dari

bibir indah Puteri jelita.

Kamu kuat berkhayal Puteri ku, kamu manusia, masakan ada sayap.

Pinjamkan aku sayap mu Pari?

Heh .., kalau sayap ku kamu pinjam, aku mahu jadi apa, ulat gonggok, ulat beluncas

atau melompat seperti kodok.

Sebentar cuma.

Walau cuma sebentar apa jaminan mu sayap ini bakal kau kembalikan, entah-entah kau

akan hilang seperti naga itu.

Si pari yang kedekut.

Aku bukan kedekut, aku cuma berhati-hati.

Kamu pari yang terlalu perasa, aku cuma bergurau wahai si pari kecil.

Tetapi aku pasti , dia akan kembali.., dan bawa aku terbang tinggi.

1 ulasan:

mast berkata...

like ...cepat2lah sambung citera ini neh ... hehehe

Alia's guest book