Rabu, 15 April 2009

Selamat Pagi


Selamat Pagi semua....apa khabar pagi ni? Hmmmm...aku cukup suka suasana pagi, tenang aja.
Duduk di tingkap tunggu kemunculan matahari, tambah-tambah masa langit masih berwarna pink dan sedikit gelap...indahnya , Subhanallah....
Masa aku kecik-kecik dulu..pepagi lagi aku dah bangun nak tengok matahari terbit,masa tu baru nak siang dan masih sedikit gelap.
Pelan-pelan aku keluar, mak pun tak tahu...sarung selipar dan berjalan ke permatang sawah...
Duduk ler aku kat situ tengok langit berkaler-kaler,biru,pink,oren..macam lukisan.
Dengan angin waktu pagi ...adusss kalau ada kain selimut dah tertido dah aku kat situ.
Sejuk dan tenang...sukaaaa..
Bila matahari mula naik, bunga pun berkembang juga...
Jangan ingat bunga ros saja yang cantik, bunga semalu pun cantik jugak, bunga liar pun cantik..
masa ni lah aku petik bunga-bunga tu...heheheheh sian baru nak kembang dah ada tangan gatal petik...
Aku petik sebab aku suka...ya..bukan sebab tak suka.Dari hujung permatang ke hujung permatang aku jalan, waktu tu daun masih ada titisan embun,kalau kena sinaran matahari pagi nih suasana memang cantik..dazzling..
Bila hari dah mula panas baru lah aku bergerak balik...sampai aja kat pintu rumah ..mak aku dah siap jerit..."Aliaaaaaaa....pi mana pagi-pagi butaaaa???"Aku masuk rumah sengih-sengih aja,sambil elak -elak tangan mak aku yang nak mencubit...

Isnin, 13 April 2009

First Award in April


Terima kasih Farah untuk award ni... I LOVE YOUR BLOG TOO....hehehehehe...

1.The winner can put the logo on his/her awesome blog


2. Link the person you received your award from..


http://mommyotai.blogspot.com

3. Nominate at least 7 other blogs
( aku panjangkan lagi award ini untuk 2 lagi blog so 9 semuanya)

4. Put link of those blogs on yours.

http://redynne.blogspot.com

http://me-mast.blogspot.com

http://www.mypesona.com

http://mytownkajang.com

http://alynxz.blogspot.com

http://sherihafiz.blogspot.com

http://vimmiyasmin2u.blogspot.com

http://perutkenyang.blogspot.com

http://salam2benua.blogspot.com

5. Leave message on the blogs that you've nominated.
Done!!!

Ahad, 12 April 2009

Kisah ku dengan ayam kampung.....

Alkisahnya, peristiwa ini berlaku di bulan puasa tahun lepas. Satu hari hubby aku yang peramah ni dok bersembang ngan makcik tuan rumah. Tiba-tiba terkeluarlah cerita kari ayam kampung yang dihantar makcik tuan rumah sebagai juadah berbuka puasa kelmarin...memanglah kari buatan makcik tuan rumah aku ni sedap,ayamnya pun lembut aja... Hubby aku pun memuji-mujilah makcik tuan rumah diatas keenakkan kari masakan nya itu. Dengan muka tak malu hubby aku ni pun beritahu lah makcik tuan rumah bahawa dia memang dah lama teringin makan ayam kampung.Maka makcik tuan rumah yang baik hati ini pun mempelawa lah hubby aku ni kalau teringin ajaklah pakcik tangkap ayam tu barang seekor dua, boleh masak untuk berbuka...
Udah dipelawa bebenor maka hubby aku yang entah mengidam dek rontaan anak cacing lam perutnya pun, dengan bersemangat lah menangkap ayam kampung bersama pakcik tuan rumah.
Maka berlarian lah semua ayam-ayam melarikan kan diri dikejar dek pemangsa yang sedang mengidam daging mereka itu.....
Dapatlah dua ekor, kedua-dua ekor ayam itu pun disembelih oleh pakcik tuan rumah dan diserahkan kepada suami ku untuk dicabut bulunya..
Bersungguh-sungguhlah pula hubby ku itu mencabut bulu ayam, tanpa direndam dalam air panas memang lah susah nak dicabut bulunya, masuklah pulak kedalam rumah bertanya pada aku mengapa susah benar nak cabut bulu ayam kampung ni...
Geli hati aku...heheheh maka aku suruh dia rendam dulu dalam air panas.
Habis sesi mencabut bulu ayam, ayam yang telah togel itu diserahkan kepada aku pulak untuk dikerjakan. Lain macam jer aku tengok ayam kampung ni,kulit tebal macam kulit badak. Liatnya kulit dia,apakah ilmu yang dituntut oleh ayam-ayam ini ? Adakah ilmu kebal? Hehehehehe....
Maka terkial-kial lah aku menanggalkan kulitnya lalu dipotong-potong. Dah habis sesi memotong, tiba pulak sesi basuh-membasuh,cuci mencuci ayam yang telah ku potong itu.
Adeh ponatnyo den kerjakan ayam kampung tu,terasa sakit pinggang den. Sudahlah nak memotong pun mengambil masa yang lama.Mulalah aku mula rasa sebal dengan laki den nih,beli kat market kan senang dah siap siang siap potong....
Tetapi kerana sayang(chewah) ku kerjakan jugalah...potong bawang,itu ini,sesi mengoreng, sesi mengulai.
Akhirnya siap sudah ayam kampung masak kicap dengan kari ayam kampung.Berjaya jugak kukerjakan ayam-ayam bertuah itu.Adehhhhh...rasa letih bebenor badan den,macam doktor pakar baru keluar dari dewan pembedahan yang berjam-jam lamanya.
Tunggu lah ekau ayam ..nanti bukak puasa time aku pulak nak belasah kau....
Mengenangkan baiknya hati pakcik dan makcik maka masakkan aku tu dibahagi dua dan dihantar kerumah mereka.

Jeng..jeng...jeng...

Sesi berbuka puasa,

Watak utama:
Baba,mama,jazmina(kakak) dan baby.

watak sampingan:
Ayam masak kicap,kari ayam kampung,nasi,kuih-muih,kurma, buah-buahan dan sejag air oren.

Kisahnya....
Tibalah masa untuk berbuka puasa, azan pun dah berkumandang,doa bukak puasa pun dibaca, masing-masing yang berpuasa memang lah air dulu jadi santapannya.Anak-anak dah beria-ria minta disendukkan nasi dan ayam masak kicap. Tiba-tiba kakak yang begitu teruja mengigit peha ayam terhenti makannya,
"Mama kenapa ayam ni keras macam batuuuuuuuuu....?????"
Hah....keras macam batu....kakak cuba lagi mengoyak isi ayam itu,dengan separuh ayam dalam mulut dengan sebelah tangan siap pegang sambil tarik tarik...
Terlopong lah mulut aku menyaksikannya, teringat pulak semangkuk besar kari dan ayam masak kicap yang aku suruh hubby aku hantar ke rumah pakcik dan makcik.
Aku pandang hubby aku...hubby aku pandang aku....
Aku capailah ayam masak kicap yang nampak mengiurkan itu...aku cuba cubit isinya ..memang keras pun,lepas tu aku minta pulak hubby aku tolong pegang kan supaya aku boleh mencubit keluar isinya,punya lah keras ...ini ayam ker batu...kata hubby aku...
Aku yang tengah khusyuk berusaha mencubit isi ayam tu terkekek-kekek ketawa, tengok aku yang syok dok gelak hubby aku pun terikut-ikut ketawa...lepas itu berjangkit-jangkit lah pulak,
anak-anak aku pun ikut tergelak sama...
Terbayang-bayang susah-payah mengejar ayam, menyembelih ayam,mencabut bulu,menyiang ayam yang kulitnya tebal dan liat. Last-last yang dapat ayam yang keras macam batu...
hahahahahahha, sampai berair-air mata kami ketawa....
Kalau kami yang muda ni nak mengunyah pun susah isi ayam tu tambah-tambah pulak pakcik dan makcik tuan rumah aku, kesian depa dapat ayam keraihhhhh...
Lepas tu baru lah aku teringat nakmembasuh dan memasak ayam kampung ni kena ada caranya.
Aku pun dah lupa, dah bertahun dok makan ayam daging yang dah siap potong dan siang di market..inilah jadinya...
Hubby aku pulak serik dia nak makan ayam kampung lagi..apalagi yang sendiri kena kejar,nak kena tangkap nak kena cabut bulu,letih katanya....
Anak-anak aku pulak, mama esok beli ayam lain lah, ayam ni tak mau ...kerasssss...
Aku pulak ...serik nak menyiang ayam nih..aku pun letih gak...
Malam tu sapa yang larat mengunyah tu ..kunyahlah ayam tu..sapa taknak makan nasi ngan kuah jer ya...

Sabtu, 11 April 2009

Ramalan Gempa dan Tsunami

http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=6724830e5f&view=att&th=1208475a009947c4&attid=0.0.1&disp=inline&zw
Salam semua...rasa tak sedap pulak kalau tak berkongsi maklumat yang diterima dari e-mail yang dikirim oleh seseorang.Semoga kita dapat mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga walaupun semua itu hanya ramalan semata-mata.Di bawah adalah email yang diterima...

“Hello there. I just wanted 2 let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22
nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings.”

Thanks and have a nice day.

Bless you~

Bunny yang berlima


Pepagi ni lah kerja aku melayan bunny yang berlima ni...bagi makan,tukarkan air minumnya, layan-layankan sekejap. Meh la busuk2 mama meh,sambil belai-belai,ngendong , dukung, sayang-sayang. Dah semakin besar, bertambah-tambah aktif, yang manja ada, yang garang pun ada,kalau hulur tangan tu pandai lak dia mendengus-dengus tak mau. Ooo...bukan main eksen yerr..luku nanti baru dia tau...tak pun aku wat sate....heheheh gurau saja ya..
Yang aku heran nih..depa semua dah besar tapi kenapa,tak ada lagi yang menunjukkan tanda2 loya dan pening2 dan mabuk darat. Ni yang aku muskil nih...entah2 semuanya jantan tak..ataupun semuanya betina... Tak bercucu lah aku macam nih... nak kena bawak gi jumpa bidan agaknya... bidan kampung ker kerajaan yer..agak-agak korang ????

Rabu, 1 April 2009

Pink monster for sweet Reen

https://www.securecarts.net/turtlemax/images/P/n5137v2.jpg
Special for Reen......
As promised before.....
Tatap ler gambar dulu yerrrr....
Yang bakal dihantar nanti pink juga cuma lain sikit coraknya....

Celoteh di pagi hari

Blog aku dah bersawang...hmmmmm, dah lama tak ada entry baru.Nak cerita apa yer...
Awal-awal bulan ni aktiviti aku dua tiga hari ni, lepas anak yang sulung Jazmina pergi sekolah,
aku, hubby dan khadija pergi ke Pekan Kuah....Entah kenapa bosan pulak duduk di rumah...kaki asyik nak berjalan jer..hehehehhe.
Bukan pergi shopping ya, sekadar bayar bill, cuci mata, window shopping. Niat nak menyoping bulan ini terpaksa ditangguhkan dahulu...dahulukan yang penting-penting, benda yang tak penting tolak tepi daaa.

Teringat pulak kenduri adik aku yang makin dekat tarikhnya, awal bulan ogos. Banyak jugak tugasan yang disenaraikan untuk aku.... tukang cari bekas hantaran, tukang beli coklat, nanti jadi tukang hias hantaran jugak..jangan tak percaya, bekas hantaran dia masa bertunang aku yang hiaskan(ada jugak bakat terpendam aku ni tau...ewah..). Ada jugak niat dia nak suruh aku jahitkan labuci kat baju pengantin dia tu...erk...dah lama aku tak jahit labuci-labuci nih, nanti jap nak jengok dalam ingatan kot-kot amnesia lah pulak...
Tugasan nak memasak lauk pengantin diserahkan pada hubby aku....siap demand nak ukiran ais bentuk angsa...hahahahhaa. kalau sekadar ukiran buah tu boleh lah...nak ukiran ais, mana lah nak gi cari wahai adik ku , buat nanti dia tak dapat cuti masa kenduri sapa yang nak buat...
Aku gurau2 ngan dia, kalau tak ada ukiran ais bentuk angsa..kita tangkap ajalah.. angsa dua ekor letak atas meja pengantin hang tu... heheheheh. Tak pernah dibuat orang wooo....
Sebenarnya banyak tugasan lain lagi..tapi aku lak amnesia pulak pasal tugasan yang lain..nak kena re-check dengan bakal pengantin.

Bulan june nanti dah rancang-rancang nak balik Alor Setar...nak jenguk anak sedara yang baru.
Kakak aku yang sulung baru dapat baby boy...ni yang buat aku tak sabar nih, anak dia dah tiga perempuan, baru yang ni dapat lelaki. Cucu-cucu arwah mak abah aku ramai cucu perempuan.
Yang lelaki termasuk new baby boy ni baru empat orang. Aku pulak both are girls, kalau balik kampung sure ada yang tanya ... bila nak tambah lagi ambik lelaki pulak sorang...? Macam senang pulak yer boleh pilih...hehehehhe.

Alia's guest book