Sabtu, 29 September 2012

Review Novel - I Love You, Stupid. Karya Melur Jelita.

Saya dah Khatam ILUS kelmarin, tapi fikiran masih terawang dan terbayang, macam saya kata pada kak Melur Jelita, umpama kalau tak beli tiket saya tak balik ke Malaysia. Kemboja dan Malaysia dua tempat berbeza. Kita bertuah lahir di Malaysia, kita ada semuanya, Kemboja pula sebuah negara miskin yang masih merangkak untuk survived. Kita bertuah punya semua kemudahan dalam segala segi. Tetapi adakah Kemboja negara yang malang, atau mereka juga sangat bertuah, terpilih untuk diuji sedemikian rupa, bertuah mempunyai permata-permata yang tersembunyi belum digilap sepenuhnya, bertuah kerana penderitaan dan nasib malang itu sebenarnya mengajar mereka untuk jadi lebih kental dan kuat jiwa. Bertuah apabila mereka lebih banyak membilang syukur walau berada dalam keadaan yang serba kekurangan. ILUS mengangkat semua ini untuk kita fikirkan, kita ada keamanan dan rezeki yang melimpah ruah, tapi setakat mana kita menghargai semua itu. ILUS membawa mesej kemanusiaan, membawa kita untuk berfikir..,dalam kehidupan kita yang dilimpahi serba-serbi , sudahkah kita menggunakan semua itu ke jalan yang sepatutnya. Terima kasih kak Melur kerana berjaya mencatat dan menjulang semua ini untuk kita semua faham. ILUS Sebuah novel yang padat rasa, penuh jiwa, sarat pergolakkan dan adengan tumbuk terajang yang berpatut padan, tidak over macam filem hindustan..hehehe. Membaca ILUS membawa kita mengembara ke daerah yang amat dekat dihati. Membaca ILUS membuatkan saya sedar terkadang perkara yang kita pandang biasa, remeh atau kecil itu sebenarnya adalah satu perkara yang besar untuk dihargai. Sememangnya ILUS menghiburkan tapi ILUS juga mengajak kita untuk berfikir. Tahniah buat Kak Melur, ILUS sebuah novel yang biasa tetapi dipenuhi perkara yang luar biasa. Sebuah novel yang melampaui jangkauan. Selamat mengenali ILUS, IRIS, ABG PEDAS DAN FIRMAN. Berapa bintang? Saya hadiahkan bintang Polaris. Kerana bagi saya ILUS adalah seperti bintang itu.

Selasa, 18 September 2012

Beautiful you.

Beautiful morning for a beautiful day.

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

Assalammualaikum, Sempena Syawal yang bakal tiba, saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf kiranya ada salah silap saya.Juga nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua teman-teman serta sesiapa saja yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapanya ini.Semoga anda semua dilimpahi rahmat dan diberkahi Yang Maha Esa. Aamin.

Khamis, 12 Julai 2012

Dah keluar dari tempurung.

Salam sayang semua.., ewah sayang lagi tuu... Lama gila tak updated apa-apa dalam blog, kesian yang datang nak baca-baca dalam blog aku ni, sorii bebanyak, hari ni baru tergerak hati nak mengepost entry. Tapi selalu saja jenjalan dekat blog orang lain, happy saja kalau ada entry baru yang boleh buat baca-baca tapi blog sendiri terbiar, dah jadi hutan belantara. Hari ni bukan setakat penyapu, pencakar sampah , tapi gergaji sekali kena angkut sebab dah jadi hutan belantara... Sihat kerr.., aku macam inilah.., baru baik demam selsema, tapi still ada lagi sisa-sia selsema..orang lain bantai tisu, aku tak...aku ambik kain terus eh..buruk benor perangai kan.. Bulan lima hari tu aku pergi Terengganu beb, dah lama sangat tak jalan jauh ni kan, kali ini aku jalan jauh....,jalan lah sangat kan..yerlah..yerlah aku naik bas.. Bestnyaa dapat meluaskan pandangan... Aku pergi ke Gathering Kasih Sayang Awak Suka Saya Tak bersama Novelis Melur Jelita.
Yang ini Masjid Terapung Kuala Terengganu, cantik kan.., cantik sangat.
Ini pulak suasana sekeliling Masjid Terapung, tenang nyaman..
Haaa.., inilah penulis cinta hati Den..,siap kena peluk lagi tuu.., korang hadoo?
Makan Tengahari dekat cafe dia.., sedapnya lahh kari ikan dia, Aumm nyam-nyam..
Kak Melur Jelita, Azian my laling and me..muahhhhsss.
Bergambar kat tepi kandang kuda...geng makcik-makcik..kihkihkih. Makcik yang comeyy. Tetiba malas nak cerita..aku sambung lain kali yerrr...sangat jahat wooo..hikhikhik. korang jamu mata yang ni dulu yerr..

Sabtu, 21 April 2012

Awak suka saya tak?

Hilman...Hilmanku sedang berdiri disebalik sana.Air mataku semakin lebat.Dia memandang aku dengan penuh simpati...penuh kasih sayang.Tangannya dilekapkan sama dengan tapak tangan kananku. Dia juga melekapkan dahinya...rapat kedinding. Dia memandang aku. Dia menunduk dan mengucup lembut tapak tangan kiriku. Kemudian dia merapati lagi. aku mendongak memandangnya. Dia mengucup dahiku. Merenung aku dibalik dinding kaca. Petikan dari novel terhangat di pasaran "Awak suka saya tak?".

Alia's guest book