Selasa, 27 Januari 2009

Anak Bukit ..yang ku rindu....

Anak Bukit... pada orang lain nama tempat ini mungkin tidak memberi sebarang makna, tapi bagi ku nama ini cukup memberi sejuta warna dalam hidup. Aku membesar di daerah ini, satu daerah yang tiada galang ganti...http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/65/Malaysian_paddy.jpg
Biar pun sekarang ia tidak semeriah dulu, namun segala-gala tentang pekan ini terpeta di benak ku, seolah masih terbayang setiap selekoh dan jalan, wajah-wajah yang ku kenal, setiap petak bendang, sungai yang mengalir, relong-relong air, pepohon yang menghijau, batas paip, pepohon keriang yang tidak jemu berbuah setiap kali musimnya, keretapi yang tidak pernah lekang lalu di relnya....dan yang paling aku suka pada angin yang bertiup seolah mendakap diriku..
Rindunya aku pada angin itu yang tidak pernah lekang bertiup dan berpuput membelai setiap seisi warga.. menjadi muzik untuk rumpunan padi di sawah menari bersama....

Isnin, 26 Januari 2009

Gunung Keriang




http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/7/72/Padi_fields_kedah.jpg

GONG XI FA CAI...

http://philip9876.files.wordpress.com/2008/02/chinese-new-year.jpghttp://www.bouncedancestudios.com/bounce/events/chinese-new-year-parade-dc-4.jpghttp://triin.nomadlife.org/uploaded_images/CNY-779510.jpg
Gong xi fa cai..... wah hari ini kaum cina merayakan Tahun Baru Cina.... gong xi.. gong xi
XING NIAN GUAI LE... MERIAH DENGAN WARNA MERAH...
Suka plak dengar lagu raya cina hari ni... hmmmm tak salah berkongsi kegembiraan..
shahdu plak aku.. teringat pekan Anak Bukit... pagi2 dah ada tarian naga..

Alia's guest book