Rabu, 25 November 2009

7.6....Yeehaaaaa...!!!!!

Kehkehkehkeh.....mesti tergeliat otak korang dok fikir kenapalah makcik nih tetiba seronok hingga melompat-lompat sampai ke siling...hanya kerana kes 7.6 kehkehkeh...

Meh sini aku nak habaq....

Ketabahan ku menjoinkan diri mengunyah sayuran hijau telah pun berhasil. Tak faham lagi...???? Heheheehhe.... Hari nih kan aku kena pi klinik jumpa puan doktor. Jadinya start dari kelmarin kiranya ....pagi jer aku makan nasik...tengahari tak makan...petang aku makan cucur-cucur saja.
Disebabkan lapar banyak sikit lah cucur yang jadi mangsa untuk ku korbankan( sempena Raya Qurban juga...kihkihkih...merepek tak sudah).
Start dari jam 7 malam tu dah tak makan apa dah...patutnya aku still lagi boleh makan sebelum pukul 10 malam...tapi malas pulak...so aku minum air ajalah. Huhuhu awalnya aku puasa. Aku puasa malam sebab esoknya nak ambil bacaan gula dalam darah, makcik ni kan ada kencing manis.

Jadi hari nih...dengan berdebar-debarnya nak jumpa puan doktor dengan harapan jangan ler dia baca blog aku pasal entry hari-hari aku hentam nasik lemak hari tu...naya jer makcik kena kuliah subuh kang..

Sampai aja klinik, wah ramai gak orang...bebudak lelaki ramai yang kena potong hari nih..
so lambat skit lah giliran aku... Lama jugak lah tunggu dan hampir-hampir aku nak cancel check darah ...kes nak ngelat...tapi bila tanya adik kat kaunter tu, katanya giliran aku selepas pesakit seterusnya...nasib baik. Kalalu tidak ambik ubat ajolah makcik hari nih...( Kalau aku ambik ubat ajo tak payah jumpa doktor yer...sebab tiap-tiap bulan ambik ubat yang sama).

Sampai aja giliran aku, yang menyambut aku lam bilik doktor tu...Tuan doktor yer..Puan doktor tak ada hari ini...hihihih...seronok yer tak kena bebel. Tuan doktor ni biasa ja dia..tanya aku ada rasa kebas2 tangan ke tidak...kerap kencing malam ker tidak...pening-pening ker tidak..
soalan rasmi ler tu..
Lepas tu periksa gula lam darah...cucuk jarum kat hujung jari andf use the magic small machine to do the counting...pandai alat tu ukur gula lam darah aku...heheheheh..
Then..
Jeng..jeng..jeng...
angka ajaib sudah naik...

7.6


Hurrraaaayyyyy....

Tapi tidaklah aku melompat rupa beruk atau kera...aku tetap kontrol beb...hihihi...dalam hati sukaaaa...yelah ingat senang ker nak dapat bacaan ajaib nih...bulan sebelum tu bacaan gula 15.8, tinggi tu...sebab tu kena bebel...kali ni ok lah...doktor pun puji jer...bagus..bagus..kekalkan bacaan camtu...hehehehehe...mungkinkah...???

Wah .... dapat bacaan bagus..tengahari baik jer aku melantak nasik...belum pun sempat angka 7.6 itu bertahan...hehehehe. Lapar ler perut nih ha asyik berdendang mintak nasik, gulai ikan, sambal belacan, telur masin...tu dia...ni kalau check bacaan gula lepas makan nih bukan takat kuliah subuh jer...mau nya aku kena bersantai dengan nyaman kat sepital....ambik bacaan darah 4 kali sehari...kihkihkih...

Sabtu, 21 November 2009

Selamat Pagi semua....

Selamat pagi semua...pada kengkawan apa khabar hari nih? Harap semuanya sihat di pagi sabtu.
Langkawi hari ni mendung, tapi pepagi lagi aku dah ajak hubby gi market dengan tujuan nak cari ikan untuk kucing-kucing dan sayuran hijau untuk mak-mak dan anak-anak arnab. Tak lupa untuk Tuannya sekali. Singgah sekejap kat stall nasik lomak kegemaran makcik. Habislah kalau doktor aku tau yang pesakit dia nih hari-hari hentam nasik lemak...korang jangan kasik tau itu Puan doktor tau, diam-diam sudah.

Nasib baik dia tak tau aku ada blog, kekekekek... kalau tidak nahas nih kena leter ngan dia. Dia tak lah marah cekak-cekak pinggang, hentak-hentak kaki, atau herot-herotkan mulut dia ... dia marah aku sambil wat lawak gelak-gelak...tapi sesambil tu terselit gak lawak-lawak sinis dan amaran yang disampaikan secara tepuk tampar...kenapa aku terasa lak kan kalau macam tu jer dia pot pet kan aku....faham-faham ajalah , sapa yang makan cili dialah terasa pedasnya...sapa makan nasik lomak..ha gula dialah yang mencanak-canak naik...kuikuikui....

Sampai rumah anak cucu dah tertinjau-tinjau, apalah yang tuan depa bawak balik...pendek kata mengendap hasil tangkapan dari market... si kucing2 dah mengiau-ngiau bau ikan...arnab-arnab dah meloncat- loncat lam sangkar terbau-bau sayur depa... hmmmmm...layan depa lah dulu jawapnya.... Ha makan-makan, pasnih tuan korang lak nak makan, hasil tangkapan kat gerai nasik lemak tadi..hehehhe..rahsia-rahsia..puan doktor tak leh tau nih...
25hb depan rasanya dah nak kena pergi klinik check tahap gula dalam darah dan sekaligus ambik bekalan ubat aku untuk satu bulan. Jadi dua hari sebelum pi klinik tu terpaksalah aku join arnab-arnab aku kunyah sayuran hijau...hehehehe..

Ahad, 15 November 2009

Love Story..

Love Story

Where do I begin
to tell a story of how brave a love can be
the sweet love story that is older than the sea
the simple truth about the love she brings to me
where do I start
with her first hello
she give a meaning to this empty world of mine
there never be another love another time
she came into my life and make the living fine
she fill my heart
she fill my heart with very special things
with angel song with wild imagining
she fill my soul with so much love
and everywhere I go I never be lonely
with her along
who could be lonely
I reached for her hand
Its always there
How long does it last
Can love be measured by the hour in a day
I have no answer
Now that this much I can say
I know I need her to start of a new way and she'll be there.

Sabtu, 14 November 2009

Entry apo-apo ajalah...



Lama tak update blog, tarantula dah bersarang. Apa nak buat, tak banyak aktiviti yang menarik pun. Cuma sekarang aku tengah asyik masyuk dengan drama siri korea Boys over flower. Suka sangat dengan drama nih. Heroin cute miut, hero lak hensem-hensem, lagu semua touching, cerita memang best, scene kelakar buat aku ketawa terkekek-kekek, sampai hubby aku pun heran... apalah yang dok gelak sensorang depan pc tu. Scene geram..memang lah buat aku geram sesangat , macam nak gi lempang saja hero yang memula tersangat lah kurang hajarnya. Scene sedih pulak, dengan aku sekali terasa nak melalak sama... Pendek kata aku memang tabik spring lah dengan penulis skrip dia. Ingat senang ke nak tulis cerita yang kaya dengan elemen. Makcik pun belum tentu boleh tulis skrip macam ni. Dan aku sangat bercita-cita nak tulis cerita yang sebaik ini. Full of suprises.

Asalnya cerita ni diadaptasi dari komik mangga Jepun Hana Dori Yango. Dalam versi jepun pun ada cerita nih. Tapi aku lebih suka versi korea. Lebih ngam gitu. Kalau tengok satu siri mesti nak tengok lagi dan lagi. Sekarang nih aku teringin lak nak belajar cakap korea... ada sapo-sapo kat sini yang pandai???

Ahad, 8 November 2009

My 9th wedding aniversary....

Pejam celik pejam celik dah 9 tahun aku jadi bini orang. Dah 9 tahun usia perkahwinan aku. Rasa baru semalam aku habis ambik SPM lepas tu kerja. Dah kerja...kahwin...rasa cam baru semalam semua tu berlaku. Hmmm....9 tahun lama tuh. Nak bertahan selama 9 tahun mengadap orang yang sama pagi petang siang malam bukannya benda senang. 9 tahun mengharung pahit manis, masam kelat, bersama-sama. Sesungguhnya aku kagum dengan diri aku( bukan riak yer)..kes perasan mungkin jugak....hehehehe.

Dalam 9 tahun bersama, dia dah kenal sapa aku, aku pun dah kenal sapa dia. Macam-macam bunga dan duri yang kami rasa, termasuklah bunga silat, kuntau, kungfu taichi, cakar beruang....hehehehe...sila jangan salah faham...maksud aku segala jenis penangan dalam menghadapi kehidupan. Tapi jujur aku katakan penangan dia tak pernah hinggap di muka aku selama hidup dengan dia. Thank's God for that...dia memang penyabar. Dan aku jugak seorang yang sabar...hehe nak jugak..kalau tak sabar dah lama lari dan tak toleh-toleh lagi...chewah..

Sambutan untuk this 9th aniversary? Cake?Ada bercadang nak beli,tapi bila difikir-fikirkan rasa teringin tu melebihi keinginan nak makan, kalau beli pun lepas tu makannya sedikit saja. Membazir pula...lagi bagus kalau aku yang buat kek sendiri, it will be less sugar cake tapi maintain delicious.
Flower?Pentingkah bunga untuk hari istimewa ini. Mungkin penting buat orang lain, but I don't crave for flower right now.
Hadiah? Pentingkah hadiah, sedangkan disisi aku dah ada hadiah yang Tuhan kurniakan.

So buat apa hari ini? Hmmmm....duduk di sisi dia sedang dia asyik mengadap game di internet,
Cuba-cuba bertanya kalau dia ingat hari ni hari apa...jawapnya hari ini hari Ahad lah yang oii...
Berapa haribulan tanya aku, masih lagi tersenyum...8hb November jawapnya tenang masih tak rasa bersalah. Dalam hati aku dah geram...Yalah 8hb November tu hari apa dalam hidup kita? Tanya aku dengan suara geram. Barulah dia tersengih-sengih tersedar... Itulah nak buat macamana lelaki memang ada penyakit suka lupa tarikh penting. Nasib baiklah aku bukan perempuan yang suka demand itu ini, kalau orang lain agaknya dah menangis terguling-guling.
Sabar makcik sabar...

Alia's guest book