Isnin, 30 September 2013

Kari Ikan Hijau

Salam semua,,,mari kita memasak dengan penuh gumbira hari nih. Kenapa kari hijau yang dipilih? Asyik kari biasa sajakan, sekali sekala kita pilih hidangan yang enhances our tastebuds,,ewah skipping London,,,hihhihhih. Pandai tak masak green kari nih,,,nak ker resepi? Nak,,nak,,,nak,,,? Eh banyak sangat tanya bagilah mokcik oiii. Yerlah Mokcik nak bagilah nih, jap nak teropong resepi,,kohkohkoh. Fish Green Curry Bahan kisar ya anak-anak,,,bawang besar sebiji,,yang besar penumbuk tu, ikan bilis segenggam, serai dua batang, belacan saiz ibu jari tangan sendiri,,,nak ukur ibu jari tangan suami pun boleh,,,menjeling jer encik suami nengok bini dia sibuk nak mengukur,, adoiiyaii,,,okeyy back to the bahan2,apa lagi Mokcik letak tadi,,,kes bukan lupa tapi tak ingat,,,Haaaaa,,,daun kesum ya segenggam, cili padi segenggam,serbuk kunyit 1 sudu teh. Dah sedia semua,,,sila kisar laju-laju sampai lumat ya anak-anak. Tumis bahan kisar sampai naik baunya yang harum semerbak itu, masukkan setengah cawan air, 2 cawan santan, renehkan sekejap. Kemudian bolehlah dimasukkan ikan dan tomato. Nak letak bendi ke, timun ke apasaja sayur yang anda suka pun boleh.Biarkan ikan masak dan boleh dihidangkan. Resepi bahan kisar diatas boleh jugak dipadankan dengan, ayam, daging dan makanan laut. Yang penting dia punya bahan kisar tu ya.. Last sekali jangan lupa,,letak garam dan sedikit gula. Selamat BerGreen Curry semua,,,,

Alia's guest book