Ahad, 30 September 2012

Purnama.

Nothing compares no worries or cares, Regret's and mistakes They're memories made, Who would have known... how bittersweet this would taste?

Sabtu, 29 September 2012

Review Novel - I Love You, Stupid. Karya Melur Jelita.

Saya dah Khatam ILUS kelmarin, tapi fikiran masih terawang dan terbayang, macam saya kata pada kak Melur Jelita, umpama kalau tak beli tiket saya tak balik ke Malaysia. Kemboja dan Malaysia dua tempat berbeza. Kita bertuah lahir di Malaysia, kita ada semuanya, Kemboja pula sebuah negara miskin yang masih merangkak untuk survived. Kita bertuah punya semua kemudahan dalam segala segi. Tetapi adakah Kemboja negara yang malang, atau mereka juga sangat bertuah, terpilih untuk diuji sedemikian rupa, bertuah mempunyai permata-permata yang tersembunyi belum digilap sepenuhnya, bertuah kerana penderitaan dan nasib malang itu sebenarnya mengajar mereka untuk jadi lebih kental dan kuat jiwa. Bertuah apabila mereka lebih banyak membilang syukur walau berada dalam keadaan yang serba kekurangan. ILUS mengangkat semua ini untuk kita fikirkan, kita ada keamanan dan rezeki yang melimpah ruah, tapi setakat mana kita menghargai semua itu. ILUS membawa mesej kemanusiaan, membawa kita untuk berfikir..,dalam kehidupan kita yang dilimpahi serba-serbi , sudahkah kita menggunakan semua itu ke jalan yang sepatutnya. Terima kasih kak Melur kerana berjaya mencatat dan menjulang semua ini untuk kita semua faham. ILUS Sebuah novel yang padat rasa, penuh jiwa, sarat pergolakkan dan adengan tumbuk terajang yang berpatut padan, tidak over macam filem hindustan..hehehe. Membaca ILUS membawa kita mengembara ke daerah yang amat dekat dihati. Membaca ILUS membuatkan saya sedar terkadang perkara yang kita pandang biasa, remeh atau kecil itu sebenarnya adalah satu perkara yang besar untuk dihargai. Sememangnya ILUS menghiburkan tapi ILUS juga mengajak kita untuk berfikir. Tahniah buat Kak Melur, ILUS sebuah novel yang biasa tetapi dipenuhi perkara yang luar biasa. Sebuah novel yang melampaui jangkauan. Selamat mengenali ILUS, IRIS, ABG PEDAS DAN FIRMAN. Berapa bintang? Saya hadiahkan bintang Polaris. Kerana bagi saya ILUS adalah seperti bintang itu.

Selasa, 18 September 2012

Beautiful you.

Beautiful morning for a beautiful day.

Alia's guest book