Jumaat, 21 Ogos 2009

Teknik berkesan menghalau kutu rayau , kutu embun, kutu jalanan dan kutu-kutu seumpamanya.

Ramadan datang lagi....

Pejam celik pejam celik Ramadan datang lagi.... Tenang rasanya bila saja Ramadan menghampiri.
Bulan yang diselimuti rahmat. Alhamdulillah.

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA, SEMOGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI.

MARHABAN YA RAMADAN....

Isnin, 10 Ogos 2009

Dimana suara kita??????

60.4 peratus itulah statistik penganut agama Islam di malaysia. Dengan peratus yang begitu besar dimanakah suara kita sebagai pengguna dalam jaringan jual beli barangan di Malaysia.
Sedar atau tidak kita adalah penyumbang terbanyak dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam sektor peruncitan, tidak kira di kedai-kedai runcit kecil atau di pasaraya besar seluruh Malaysia. KITA adalah satu kuasa besar. Kuasa membeli adalah di tangan kita. Kita yang mengawal segala apa yang kita bakal beli dan dimana tempat untuk kita berbelanja.

Apabila isu penjualan arak di Selangor timbul, mahu tak mahu menteri besar Selangor terpaksa akur dengan tuntutan dari pelbagai pihak yang tetap mendesak agar penjualan arak dibenarkan dikawasan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Mungkin dia mahu menjaga kesepakatan yang ada didalam pakatan rakyat.Lucu...?Pakatan RAKYAT? Tetapi suara rakyat yang memilih mereka untuk menerajui negeri itu tidak pula diambil kira...suara siapa yang disepakatkan agaknya?

Cuba kita kaji jaringan perniagaan runcit di Malaysia ini dimonopoli oleh siapa?Ada sesiapa yang tahu? Dari peniaga kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar, pemborong,pengedar, pemgimport dan pengeluar makanan atau barang kegunaan adalah dimonopoli oleh kaum Cina. Daripada kesemua jaringan ini berapa pula darinya adalah dari kalangan golongan bumiputera atau orang Islam. Boleh dikatakan peratusan kita yang terlibat didalam jaringan ini amat-amat rendah. Mungkin peratusan itu tidak sampai 2%.

Kalau ada yang menjual, perlu ada yang membeli. Itu adalah kenyataan. Jadi sebagai satu kuasa membeli yang besar maka.......segala keputusan adalah terletak ditangan kita sebagai pengguna. Kita yang menentukan apa yang kita beli.
Jika mereka masih berdegil untuk menjual sesuatu yang tidak kita perlukan, contoh nyata adalah menjual arak di penempatan majoritinya pengguna Islam. Ya terserah..jika si Luncai masih mahu terjun kedalam sungai yang ternyata ada buaya dengan hanya bertemankan sebiji labu...biarkan...
Yang PENTING.....jangan beli benda haram itu. Dan yang lebih penting marilah kita usahakan untuk mengwujudkan satu jaringan peruncitan HALAL untuk Pengguna muslim yang berjumlah 60.4 peratus ini.

Kita harus kuat.....


Penghina islam kian berani
noraini.razak@utusan.com.my

SELEPAS Ronnie Liu menerima kemenangan isu arak di Selangor, Jeff Ooi hanya diminta memohon maaf kerana menyamakan individu yang bercita-cita melaksanakan undang-undang-undang syariah sebagai ekstremis, tampil pula Pemuda DAP mengeluarkan kata-kata nista menghina pendakwah Islam, umat Islam dan Islam.

Biar pun laman web yang mengandungi penghinaan melampau terhadap seorang mualaf Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, umat Islam dan agama Islam telah dipadam, namun paparan awal yang sempat dilayari sememangnya keterlaluan dan biadab.

Setiap patah perkataan dan ayat yang disusun oleh penulisnya secara nyata dan amat jelas mencemarkan kesucian Islam. Ridhuan Tee yang juga Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia dihina sehingga dua keturunan manakala Islam dipijak-pijak.

Jika Salman Rushdie dikutuk dunia Islam kerana Satanic Verses yang menghina Islam sedemikian rupa, apa pula kurangnya tohmahan terbaru yang dilemparkan oleh seorang rakyat Malaysia yang salah satu prinsip Rukun Negara adalah "Kepercayaan kepada Tuhan."

Rakyat Malaysia ini juga telah diikat oleh sumpah setia nenek moyangnya untuk saling menghormati sesama kaum di negara ini apatah lagi kepada bangsa yang menerima mereka umpama saudara untuk berkongsi rezeki di tanah air ini.

Mungkin tidak ramai berpeluang mengikuti 'siri ketiga' penghinaan terhadap Islam apabila penulisnya yang bacul dan penakut memadam laman web http://Sjsandteam.wordpress.com yang sarat dengan penghinaan terhadap Islam dan umatnya. Tidak diketahui mengapa dia bertindak sedemikian - sama ada tersedar apa yang dibuatnya silap atau bacul untuk berhadapan dengan 'serangan' umat Islam sejagat lantaran paparan tulisannya amat jelas menghina Islam.

Saya pasti jika seluruh umat Islam di negara ini dan di dunia malah penganut-penganut agama lain yang diajar supaya menghormati agama lain berkesempatan membaca paparan tersebut, sudah tentu ramai yang membantah dan mendesak supaya si penulis dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Jika hanya kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), umat Islam berani mempertaruhkan diri, sudah tentu kecaman dan penghinaan terhadap Islam dan umatnya mengundang reaksi yang lebih keras sehingga pasti ada sanggup bermandikan darah.

Tidak mustahil juga akan berlaku penentangan besar-besaran sehingga boleh mencetuskan rusuhan agama lantaran tiada agama di dunia ini yang membenarkan, jauh sekali menggalakkan kecaman dan penghinaan ke atas agama lain.

Kesemuanya ini bukan membakar sentimen kemarahan atau menyalakan api kebencian umat Islam tetapi untuk menegaskan bahawa Islam dan umatnya menjalar di muka bumi ini bukan untuk dihina, dikecam jauh sekali menjadi ancaman kepada agama lain.

Bahasa kesat, carutan, tohmahan, penghinaan (namakan apa sahaja) yang terkandung di laman web itu amat keterlaluan dan sama sekali tidak boleh dimaafkan biar pun si penulisnya melutut memohon ampun.

Tidak terguris umat Islam jika agamanya dikatakan ..., tidak terhinakah umat Islam jika mualaf seperti Ridhuan Tee dikatakan bakal mewariskan anak luar nikah yang tidak akan mengetahui susur galur keluarganya kerana nama 'Abdullah' yang digunakannya selepas memeluk Islam.

Mengapa semua ini terjadi. Dalam keadaan semua orang tahu betapa gentingnya isu agama dan kaum di negara ini, makin ramai yang berani menyentuh sensitiviti umat Islam sehingga ke satu peringkat seolah-olah Islam itu merupakan ancaman kepada agama lain.

Adakah kesemuanya ini kerana bangsa-bangsa lain nampak dengan jelas bahawa umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini berada di kedudukan yang amat rapuh dan inilah peluang untuk mereka menunjukkan kuasa?

Atau kerana pemimpin-pemimpin Islam bercakaran sesama sendiri maka ia dijadikan ruang serta peluang untuk penganut agama lain menampilkan kehebatan masing-masing.

Mungkin juga agenda melaga-lagakan pemimpin Islam telah hampir berjaya maka mereka berani bertindak sedemikian rupa. Tidak terfikirkah kita bahawa kedudukan bangsa Melayu dan umat Islam umpama telur di hujung tanduk. Melayu dituduh ekstremis, Melayu dikatakan cauvinis , Melayu juga rasis.

Apa pula gelaran kepada bangsa-bangsa lain yang tidak henti-henti menyakiti Melayu dan paling menyedihkan menghina Islam - agama yang dipersetujui menjadi salah satu tunggak Perlembagaan. Tidakkah pihak berkuasa yang diterajui oleh orang Melayu dan Islam terkesan dengan semua ini. Penghinaan ini mesti ditangani, pendirian kerajaan mengenainya mesti tegas.

Ulama-ulama tanpa mengira mewakili kerajaan atau pun Pas tidak boleh berdiam diri. Penghinaan ini bukan yang pertama, ia bukan juga yang terakhir.

Ridhuan Tee berkata kepada penulis: ''Saya dan seluruh keturunan saya dikecam Cina ultra. Paling sedih mereka turut kecam dan hina Islam."

Adakah kita sebagai umat Islam yang kini berpecah belah kerana perbezaan politik akan terus merelakan agama dan bangsa kita diperlakukan begini?




Komentar Aliadijamina

Hari ini...dari detik ini, kita harus kuat. Menyelak dada akhbar, membaca berita di internet banyak mengajak aku untuk merenung dan berfikir sendiri. Orang lain tidak akan berani memperlekehkan kita jika kita kuat dan bersatu. Sudahlah bangsa dihina kini agama juga mahu di injak. Mengapa?
Aku hairan melihat satu bangsa yang suka berpuak-puak, tidak kiralah atas alasan apa. Tapi mengapa mahu berpuak? Kerana perpecahan kita lah...maka ada anasir yang menyusup masuk dan menanam racun didalam keakraban itu. Siapa yang untung? Sudah tentu mereka yang memperolehi keuntungan dari perpecahan itu. Syaitan menari dan ketawa, terbang melayang hingga mahu mencapai langit.

Alia's guest book