60.4 peratus itulah statistik penganut agama Islam di malaysia. Dengan peratus yang begitu besar dimanakah suara kita sebagai pengguna dalam jaringan jual beli barangan di Malaysia.
Sedar atau tidak kita adalah penyumbang terbanyak dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya dalam sektor peruncitan, tidak kira di kedai-kedai runcit kecil atau di pasaraya besar seluruh Malaysia. KITA adalah satu kuasa besar. Kuasa membeli adalah di tangan kita. Kita yang mengawal segala apa yang kita bakal beli dan dimana tempat untuk kita berbelanja.
Apabila isu penjualan arak di Selangor timbul, mahu tak mahu menteri besar Selangor terpaksa akur dengan tuntutan dari pelbagai pihak yang tetap mendesak agar penjualan arak dibenarkan dikawasan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Mungkin dia mahu menjaga kesepakatan yang ada didalam pakatan rakyat.Lucu...?Pakatan RAKYAT? Tetapi suara rakyat yang memilih mereka untuk menerajui negeri itu tidak pula diambil kira...suara siapa yang disepakatkan agaknya?
Cuba kita kaji jaringan perniagaan runcit di Malaysia ini dimonopoli oleh siapa?Ada sesiapa yang tahu? Dari peniaga kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar, pemborong,pengedar, pemgimport dan pengeluar makanan atau barang kegunaan adalah dimonopoli oleh kaum Cina. Daripada kesemua jaringan ini berapa pula darinya adalah dari kalangan golongan bumiputera atau orang Islam. Boleh dikatakan peratusan kita yang terlibat didalam jaringan ini amat-amat rendah. Mungkin peratusan itu tidak sampai 2%.
Kalau ada yang menjual, perlu ada yang membeli. Itu adalah kenyataan. Jadi sebagai satu kuasa membeli yang besar maka.......segala keputusan adalah terletak ditangan kita sebagai pengguna. Kita yang menentukan apa yang kita beli.
Jika mereka masih berdegil untuk menjual sesuatu yang tidak kita perlukan, contoh nyata adalah menjual arak di penempatan majoritinya pengguna Islam. Ya terserah..jika si Luncai masih mahu terjun kedalam sungai yang ternyata ada buaya dengan hanya bertemankan sebiji labu...biarkan...
Yang PENTING.....jangan beli benda haram itu. Dan yang lebih penting marilah kita usahakan untuk mengwujudkan satu jaringan peruncitan HALAL untuk Pengguna muslim yang berjumlah 60.4 peratus ini.
3 ulasan:
betul tu lia,
kadang kala kita perlu berani utk bertindak! walaupun nampak keras. Biarkan.. tepuk dada tanya hati.
Sekali sekala tak salah utk kita keraskan kepala...
sEdih melihat kekuatan politik orang melayu kian hari kian berserabut..
Salam Ramadan untuk Pak Karamu juga, Moga diberi kesihatan dan kesejahteraan buat kita.
Itu lah lemahnya kita....... kesempatan diambil dari kelemahan yang kita cipta sendiri... sedangkan kalau kita berdiri dalam masyarakat dan saling lengkap melengkapi, sokong menyokong,bersatu-hati.. kita akan lebih kuat.
Catat Ulasan