Itulah lumrahnya.....lain yang dirancang lain yang jadi, lain yang nak dibeli , lain pulak yang dibelinya. Sebelum ke pasar malam singgah mencari sangkar baru untuk sicomel yang kecil-kecil itu. Dah semakin membesar jadi mereka perlukan tempat tinggal yang baru. Sangkar-sangkar yang lain sudah penuh dengan arnab dewasa. Dah dapat sangkar, mata beralih pulak pada kedai perabot disebelah, hajat asal cuma mahu melihat meja komputer. Tapi bila sudah masuk kedalam kedai ada pulak yang berkenan dihati. Nah akhirnya sebuah meja komputer, rak dan penyidai...
Agenda ke pasar malam terpaksa dibatalkan, sebabnya...hehehehe...perut aku dah buat hal... sakit ler pulak...ada rasa memulas... balik saja ke rumah elok pulak dia...amboi-amboi saja la tu. Tak kasi aku pi pasar malam...nampaknya tunggu hari lain sajalah....