Petang rabu kami ke sebuah pasaraya di pekan Kuah. Kebetulan ingin membeli sekotak limau mandrin yang sudah pun habis...(memang suka sangat dengan limau ni, tambahan pulak sekarang kan harganya murah , dah dekat-dekat Tahun Baru Cina nih). Sebelum membeli barangan dapur dan limau mandrin, kami nak window shopping dulu kat tingkat dua, saja-saja nak menjamu mata.
sebaik saja sampai di tingkat satu kami didekati sepasang anak muda bersama voucher di tangan.
Mereka memujuk kami untuk melihat promosi barangan elektrik yang ada di situ. Katanya dari sebuah syarikat yang menjual barangan elektrikal dari Jitra.
"Mari kak, abang , duduk dengar saja tak beli pun tak apa, dengar saja pun , boleh dapat mug percuma. Akak, abang cuma isi maklumat ni saja.
Mulanya mereka menunjukkan katalog dan brochure barangan yang harganya membuatkan aku nak pitam. Microwave 3288, air purifier 2688, semua harga barangan 2 ribu ke atas. Harga yang amat tidak munasabah bagi aku. Mungkin melihatkan kami cuma mahu mendengar dan tidak begitu berminat, di unjuk pula kad diskaun.
"Ini ada kad diskaun untuk abang dengan akak, abang koyak lah kad tu bukak tengok berapa dapat diskaun, sah sehingga dua bulan. Kalau bernasib baik boleh pulak dapat hadiah percuma tapi kena beli on the spot lah." Kata nya lagi.
Apa lagi hubby aku pun koyak lah kad tu bukak, tengok-tengok disitu diprint kan dua hadiah percuma yang bakal kami dapat jika membeli barangan mereka. Penapis air yang harganya dalam 3 ribu keatas dan dapur elekrtik 2 ribu keatas. Dua hadiah percuma yang kononnya bernilai 6 ribu lebih. Pada mulanya apa bila mereka melihat ada dua hadiah percuma yang mahal harganya yang kami dapat dalam kad itu mereka agak terkejut, lalu segera menghubungi pihak atasan mereka untuk mengesahkan kad itu, maklumat yang diperolehi kemudia menyatakan kad itu sah digunakan dan kami merupakan pelangan yang ke 13 yang mendapat kad bertuah itu. Untuk mendapat hadiah percuma itu maka kami harus membeli salah satu barangan yang mereka tawarkan. Suami ku agak tertarik dengan microwave yang berharga RM3288 itu.
Apatah lagi bila boleh menggunakan kaedah ansuran tetapi kena buat kad kredit dari sebuah bank. Bayaran ansuran selama 36 bulan tanpa faedah.
Hubby ku sudah mula tertarik cepat saja dia mengisi borang untuk apply kad itu. Tanpa sedar sebenarnya sedang menjerat diri sendiri.
Aku mula tak sedap hati, hajat datang cuma mahu membeli barangan keperluan dan sekotak limau mandrin tetapi sekarang terjebak dengan barangan yang mahal gila, yang kalau difikirkan tidak begitu menjadi keperluan sebenarnya. Aku cuit hubby , mahu ke toilet kata ku. Khadija aku heret juga ke toilet. Disitu aku berfikir dengan dan menimbang, patutkah barangan itu kami beli sedangkan ketiga-tiga barangan itu boleh diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah.
Aku mula syak, mereka ini sebenarnya bermodes operandikan strategi yang sama dengan Jualan langsung Gores dan Menang, yang mana tak berapa lama dahulu begitu berleluasa.
Aku tekad tidak mahu membeli apa-apa, biarlah tidak mendapat hadiah percuma pun tidak mengapa, daripada menambah beban hutang kad kredit.
Aku keluar dari toilet berjalan menghampiri hubby ku yang sedang sibuk menulis sesuatu.
Di tangan pemuda itu aku lihat dia sedang memegang kad kredit suami ku untuk ditransfer jumlah. ditangan yang lain, resit kad kredit yang sudah di swipe. Dua kali swipe, setiap satu resit berjumlah rm100. Katanya kad kredit suami ku tidak cukup balancenya untuk ditransfer.
Jadi terpaksa menunggu kad baru dari bank yang mereka tawarkan siap dahulu.
Jadi mereka menawarkan barangan lain iaitu mesin mengurut yang berharga dua ratus ringgit.
Aduh....aku sudah mula benggang. Resit kad kredit yang berada ditangan jurujual itu aku minta.
"I want you to void these in front of me now." kata ku tegas. Mereka mengerumuni kami, mungkin terkejut dengan keputusan aku yang tiba-tiba tidak mahu membeli. Muka mereka masing-masing sudah masam. Aku terpaksa bertegas beberapa kali dengan muka yang serius.
"Void these...void these!" Barulah dia mula menekan butang void di kredit kad mesin. Resit pelangan dan resit void aku ambil. Borang untuk aply loan kad kredit jugak aku ambil.
"Kalau kami nak beli, kami akan beli nanti tapi bukan sekarang. I have decided i 'm not going to buy anything today." Kata aku tegas. Hubby aku tak terkata apa. Tangannya aku tarik lalu segera menuju ke tingkat bawah untuk kembali ke tujuan asal kami.
Di tingkat bawah jugak ada barangan elektrik, disitu aku menunjukkan barangan elektrik yang sama tapi dengan harga yang jauh lebih murah. Tidak perlu berbelanja sehingga Rm3288 untuk sebuah microwave. Tidak perlu berhutang.
Lega rasanya terlepas dari tali yang menjerat leher. Hubby aku tergeleng-geleng betapa dia hampir menjadi mangsa hari itu. Nasib baik aku cepat sedar kalau tidak....sudah pasti bahu terbeban dengan hutang baru.
Untuk kawan-kawan , please...jadikan ini sebagai iktibar jangan cepat tergoda dengan sebarang jualan langsung yang sebenarnya mahu menjerat leher kita.
10 ulasan:
fuh! sib baik!!!
tula...saya cukup tak suka orang suruh dengar2 jualan diorang ni.
Nasib baik
Better lain kali klu depa tarik suh dgr jgn turun tolak terus beb.
Macam2 depa nie kadang2 mintak resit pembelian konon ada diskaun ... itu pun jgn percaya! semua tipuuu
Ishhh....tak mau dah...no moreeee....
cukup dengar tagline dia "tak beli pun tak apa, dengar saja pun" konfem ada agenda lain. mana ada org bisnes taknak kita beli brg dia tol tak?
Tagline yang cukup popular sambil mengumpan dengan barangan yang lain.. cukup licik kan...
awk.. sy dah follow blog awk..
sy harap awk follow sy jugak..
sy nk kongsi rahsia bagaimana sy boleh tingkatkan follower dan trafik ke blog sy dlm masa yg singkat dengan bantuan SISTEM BLOG AUTO FOLLOW YANG HEBAT!!
salam,
akak tumpang baca ..
bagus tindakan alia ... kita kena bertegas untuk kata " No..thank you ".
ALia..
Kena belajaq kata:
TEHGIMA KASIH LAAA NOO...
SAYA TAK BEMINAT...
Boleh saja kak Yanti, meh lerr selalu lepak sini...no charges..
Salam cikgu Beib...
Ni dok praktis dah nih...hehehe...
Catat Ulasan