Hari ini ke pasar, penuh dengan semangat nak membeli. Beli ikan, ayam, pucuk gajus, belimbing buluh, kacang bendi dan macam-macam lagi. Angan-angan di hati mahu mengulai hari ini. Tiba saat nak beli santan, adik penjual itu dengan lantang bagitahu, santan tak ada, kelapa tak ada , santan dalam kotak pun habis.
Erk.., apa sudah jadi? Kenapa boleh semuanya tak ada, dari kelapa sampai ke santan kotak pun tak nampak rupa, kena kipnap dek Alien gamaknya.
Huwaaaaaaaaaaa......,
Ini yang makcik bara nih, time semangat mengebu-gebu nak masak boleh pulak tak ada.
Habih nak gulai dengan apa, aku kalau gulai/kari mesti nak dengan santan.
Nak masak apa ek, diet kot..., ceeiiisss...
It's all about my Life, my Interest, my Dreams... Penuhi impian, Capai mimpi-mimpi, Berdiri dan berlari... capai pelangi...
Rabu, 16 Februari 2011
Selasa, 8 Februari 2011
Rabu, 2 Februari 2011
Aktiviti hari cuti.
Masih tercari-cari aktiviti mengisi cuti sekolah bebudak, aktiviti yang murah, senang, cepat dan yang paling penting nak yang Free of Charge..., besarnya hasrat, banyak cantik kan, adakah aktiviti yang macam tu, hehehe.., ada kot. Aktiviti kat rumah ajalah. Pagi-pagi sarapan, lepas tu suruh anak-anak buat kerja sekolah, dah habis kerja sekolah, aktiviti mewarna pulak, dengan mak dia pun tumpang sekaki. Habis nak yang murah, senang percuma..., hah ambik...! Kira ok lah tu, aktiviti yang berfaedah apa. dah habis mewarna, kakak bukak cerita kartun , lepas tu dok merungut bosan, sekarang ni tengah bertekak dengan adiknya, nak main permainan apa.
Aduhhh..., baru setengah hari dah membosan bebudak tu. Macamana nak habiskan 5 hari cuti?
Aduhhh..., baru setengah hari dah membosan bebudak tu. Macamana nak habiskan 5 hari cuti?
Langgan:
Catatan (Atom)