Masih tercari-cari aktiviti mengisi cuti sekolah bebudak, aktiviti yang murah, senang, cepat dan yang paling penting nak yang Free of Charge..., besarnya hasrat, banyak cantik kan, adakah aktiviti yang macam tu, hehehe.., ada kot. Aktiviti kat rumah ajalah. Pagi-pagi sarapan, lepas tu suruh anak-anak buat kerja sekolah, dah habis kerja sekolah, aktiviti mewarna pulak, dengan mak dia pun tumpang sekaki. Habis nak yang murah, senang percuma..., hah ambik...! Kira ok lah tu, aktiviti yang berfaedah apa. dah habis mewarna, kakak bukak cerita kartun , lepas tu dok merungut bosan, sekarang ni tengah bertekak dengan adiknya, nak main permainan apa.
Aduhhh..., baru setengah hari dah membosan bebudak tu. Macamana nak habiskan 5 hari cuti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan