Ahad, 29 Mei 2011

Mau makan apa.

Mau makan apa pagi ni?

Roti.., ada.Biskut .., ada. Bihun..., kelmarin dah goreng, tak mau. Pasta.., hmmm ..

malas nak bukak tin tomato puree. Telur..., banyak, semalam baru beli 15 biji.

Pikiaq..., punya pikiaq.., punya pikiaq..., last-last makcik masak megi ajalah. Ini

adalah dari akibat dok menelek dan merenung peti ais dan gobok makanan.

Sungguh tidak healthy.

Dan sarapan itu diakhiri dengan kuih peneram. Lagi lah tak healthy sarapan makcik

pagi ni. Manis melecaih.

Cuma satu saja yang healthy,

Ayaq suam dua tiga cawan.

Oklah tu kan.

Jumaat, 27 Mei 2011

Rombongan tak jadi.

Sesudah sarapan, makcik pun dengan santainya lepak-lepak di hari cuti. Anak-anak dah start cuti, jadi maknya taklah sebusy hari sekolah..,( betulkah, atau hari-hari sama ja aku melepak). Tiba-tiba telefon pun berdering-dering minta dianagkat, rupa-rupanya abang makcik dari kampung telefon, kata nak mai Langkawi bawak anak bini jenjalan.
Dah habis borak, makcik letak telefon, pandang kiri kanan, atas bawah.

Haiyooo...

Biasalah kan bebudak kalau ada kat rumah gerenti suka menyepah-nyepah.Bab-bab sepah-sepah ni serah kat depalah. Adehhh.., omak jugak nak kena kerahan tenaga.

Setengah hari ok, makcik mengemas, berselerak benar bunyinya.

Tup-tup dah petang, makcik pun telefonlah rombongan cik kiah yang kata nak mai tu,
Jadi ka nak mai ni..?
Tak jadi, kedai tak ada orang nak jaga.

:P Pulak..., tapi ok gak kan, kena prank cam gini, pembersihan yang secara sepantas kilat.

Tapi bahu makcik dah sakit sebelah ni hah.

Khamis, 19 Mei 2011

Selasa, 17 Mei 2011

Pagi ni.

Hari ni bangun pagi-pagi dah mandi, anak-anak pula cuti sehari, buatkan breakfast untuk bebudak.Cucoq ubi kata orang utara, atau goreng ubi bagi sesapa yang tak faham.
Kakak ok tak memilih, tapi adiknya tak nak cucoq, demand, nak mihun. Maka kelentung- kelentang lah lagi maknya ni. Kena buat jugaklah, kang merajuk tak mau makan sapa yang susah, ha..., emaknya jugak.

Dah habis melayan bebudak ni breakfast, barulah emaknya boleh duduk bersemayam depan pc, sambil menghirup Charcoal roasted Ipoh white coffee.Memang lain sikit, terasa aroma charcoal dia tu.Macam kopi orang dulu-dulu, pakai dapur arang, jadi kopi yang dipanggang lebih sedap.



Dah habis breakfast kena fikir untuk lunch pulak, apa aku nak masak ni ya?

Sabtu, 7 Mei 2011

Jumaat, 6 Mei 2011

You know you're absend minded when...?

You know when you're absend minded when..,

1.Hampir-hampir tuang tepung pulut dalam mesin basuh, nak ambil sabun basuh lain pulak
yang dicapai.Tepuk dahi kuat-kuat.Nasib baik cepat sedar kalau tidak lingkup mesin basuh makcik.

2.Tenung dinding sampai boleh tembus.

3.End up buying something else.

I need my mind now, before I end up doing more stupid things.

Alia's guest book