Jumaat, 27 Mei 2011

Rombongan tak jadi.

Sesudah sarapan, makcik pun dengan santainya lepak-lepak di hari cuti. Anak-anak dah start cuti, jadi maknya taklah sebusy hari sekolah..,( betulkah, atau hari-hari sama ja aku melepak). Tiba-tiba telefon pun berdering-dering minta dianagkat, rupa-rupanya abang makcik dari kampung telefon, kata nak mai Langkawi bawak anak bini jenjalan.
Dah habis borak, makcik letak telefon, pandang kiri kanan, atas bawah.

Haiyooo...

Biasalah kan bebudak kalau ada kat rumah gerenti suka menyepah-nyepah.Bab-bab sepah-sepah ni serah kat depalah. Adehhh.., omak jugak nak kena kerahan tenaga.

Setengah hari ok, makcik mengemas, berselerak benar bunyinya.

Tup-tup dah petang, makcik pun telefonlah rombongan cik kiah yang kata nak mai tu,
Jadi ka nak mai ni..?
Tak jadi, kedai tak ada orang nak jaga.

:P Pulak..., tapi ok gak kan, kena prank cam gini, pembersihan yang secara sepantas kilat.

Tapi bahu makcik dah sakit sebelah ni hah.

Tiada ulasan:

Alia's guest book