Isnin, 25 Mei 2009

Lawak Pepagi.....

Lawak bloggers:

Si A : Aku tak tau lah nak buat entry apa? ko bagi lah idea.

Si B : Tengok lah mood kau hari nih, buat lah entry pasal curahan hati ke.

Si A : Aku payah sikit lah nak keluarkan apa yang ada lam hati aku nih.

Si B : Kalau macam tu kau curahkan jer curahan perasaan dari dalam limpa ke,
pankreas ke,peparu ker.....ha macamana idea aku tadi...

Si A : Malas aku cakap ngan kau....( sambil bangun jalan hentak2 kaki ).

Si B : Aku salah jawap ke dia yang salah tanya nih.....

Lawak Doktor :

Seorang lelaki menonton rancangan lawak yang tersangat lah lawaknya....
akibat ketawa yang keterlaluan urat kentutnya putus.

Doktor : Urat kentut awak tidak dapat disambungkan ke saluran asal,
oleh itu awak ada dua pilihan, untuk kentut melalui saluran lain..

pesakit : apa pilihan yang saya ada tuan doktor?

Doktor : kentut melalui hidung atau telinga...

Selasa, 12 Mei 2009

My Wife






Be Careful Do Not Make Women Cry
Because ALLAH (SWT) Counts Her Tears
A Woman Came Out from Man's Rib
Not from His feet To Be Walked On
Not from His Head to Be Superior Over
But From his Side to Be Equal
Under To The Arm To be Protected
And Next To The Heart To be LOVED

Ahad, 10 Mei 2009

Tribute to my Mom....

Hari ni hari ibu...pegi blog sana cakap pasal hari ibu , pegi blog sini ada lak kad untuk hari ibu....
Hmmmm.....teringat pulak kat mak aku, sedih pun ya, sebab dia dah tak ada. Sedih jadi berganda sebab abah pun dah tak ada.Sebenarnya abah aku meninggal tahun 1989, masa tu umur aku baru 11 tahun. Tinggal lah mak terkontang -kanting nak menguruskan anaknya yang seramai enam orang. Aku tak tahu dari mana mak dapat sumber kekuatan untuk tetap berdiri gagah membela nasib anak-anaknya. Bersandarkan sedikit duit pencen abah dan dua relong sawah itu lah mak dapat membesarkan anak-anak dia. Kudrat seorang perempuan mengerjakan dua relong sawah. Lepas abah meninggal mak jarang tersenyum, wajahnya selalu serius, mungkin mak lebih suka berwajah serius dari berwajah sedih.Mak perlu jadi kuat demi anak-anak. Mak lebih mementingkan kebahagiaan anak-anak dari kepentingan nya sendiri, mak tak mahu berkahwin lain walaupun ada yang datang bertanya. Mak lebih selesa membesarkan kami seorang diri.

Bermula tahun 1993 mak sudah mula sakit-sakit. sudah mula masuk keluar hospital. Tapi dia jarang menunjukkan kesakitan yang sedang dialaminya di depan anak-anak. Kalau boleh semua nak dibuat sendiri, tak mahu rambutnya disikatkan oleh orang lain, tak apa mak boleh buat, katanya. terkadang aku tak pedulikan bantahan nya itu, rambutnya ku sikatkan, mukanya kubedakkan. Aku hanya berani tersenyum dalam hati setelah berjaya menyikat dan membedakkan wajahnya.
1995...emak semakin uzur. hari-hari kami adik beradik banyak dihabiskan di wad. Kami bergilir-gilir menjaga emak.

April 1996..mak dibenarkan balik...di satu petang emak minta ditemankan ke sawah. Dalam keadaan lemah pun mak nak ke sawah, nak menjenguk semaian padi. Balik dari sawah...minta dikupaskan buah mangga.....rupa-rupanya petang itu adalah petang terakhir kami bersama emak...
Selepas maghrib keadaan mak mula sesak nafas. Hanya aku,adik siti dan adik ida saja yang berada dirumah ketika itu. Melihat keadaan mak yang semakin teruk aku berlari memanggil jiran2. Tinggallah adik siti dan seorang mak saudara ku memangku emak....
Emak meninggal di dalam pangkuan adik ku, aku hanya mampu mendekati, memegang tangan nya mencari denyut nadi. Tubuhnya masih panas ketika itu, aku masih berharap mak buka mata dan menyahut panggilan ku. Tidak ada airmata mengalir malam itu, hanya adik-adik yang menangis, aku masih tak percaya mak telah pergi, aku masih berkelakuan biasa, cuba membaca Al-Quran,biarpun kurasakan fikiran ku melayang jauh.

Esoknya, aku turut membantu memandikan emak, selesai mandi aku mengucup dahinya yang sejuk, sebaik saja dahinya yang sejuk ku kucup, aku terduduk di tangga, seolah baru tersedar, itulah ibu ku yang sudah tiada. rasa sejuk tubuhnya itu membawa aku ke alam nyata, ketika itulah baru membuak rasa sedih ku. ketika itu barulah aku teresak-esak menangis.....
Adik-adik ku datang memujuk, kalau semalam aku memujuk mereka untuk tidak menangis, hari ini mereka pula memujuk ku.

Pedih rasanya kehilangan emak. Dulu walaupun tanpa Abah kami ada emak,kami tak terasa kehilangan abah dengan adanya seorang emak, tapi tanpa emak kami seperti anak ayam kehilangan ibunya..semuanya kosong, kami melalui hari-hari yang kosong. Kali pertama berpuasa tanpa mak, hari raya yang tidak lagi seperti hari raya,semuanya sukar tanpa mak.
Terpaksa belajar hidup tanpa seorang ibu adalah sesuatu yang sangat sukar.
Seri hidup seorang ibu adalah anak, tetapi cahaya hidup seorang anak adalah ibunya.

Untuk mak, terima kasih kerana mengajarku untuk menjadi manusia yang tabah.
Aku belajar menjadi tabah dengan melihat ketabahan mu mengharungi hidup.
Terima kasih kerana mengajar aku tentang kasih sayang, aku belajar tentang kasih sayang dengan melihat betapa kau tidak pernah jemu berkorban demi anak-anak mu..walaupun tanpa ucapan sayang tapi dari sinar mata mu semua itu sudah cukup mengambarkan betapa sayang nya mak kepada kami semua.
Terima kasih kerana mengajar ku tentang semua itu...
Aku akan cuba menjadi seorang ibu yang setabah mu...
Semoga Tuhan menempatkan mak dan abah dikalangan orang-orang yang dikasihi dan diampuni...
I love you both...

Al-Fatihah...

Khamis, 7 Mei 2009

Food poisoning....

Uwaaaaaaaa........sorry ler kalau aku tak on line hari nih... Adesssssss tak larat aku ulang toilet.
rasanya mungkin dah nak genap dua puluh kali...ni mesti sebab semalam teringin nak makan koay teow goreng, mintak hubby tolong belikan...
Akhirnya food poisoning lah haku...napalah depa tak masak elok2, aku bayar tau cam orang lain jugak. Sampai hati tau..
Pepagi dah minta dibelikan pil chi kit teck aun...nasib baik lah ada ubat nih, sekarang dah kurang sikit sakit perut aku...
Ada tak mereka yang bersimpati dengan ku...
amboi mintak simpati lak yer....
tu lah tetengah malam pun nak makan.....
abih udah lapar masa tu ..nak wat camana kan..
salah sendiri gak tuh ...nak mengaappppp ajer...
Uwaaaaa...udah2 ler tu membebel...orang sakit perut ni tau...
hmmmmm nak makan apa lak ni...sekarang dak cuak lak nak makan, ada idea tak nak makan apa.Sesuatu yang tidak akan menambah sakit perut ku ini, tengah lapar nih...dari pagi aku sumbat ubat jer....

Jumaat, 1 Mei 2009

Award and Tag

Award ni dari kak myza.Thank's kak...

10 facts and hobbies about me...

~I'm sweet and friendly
~like to read.
~Love to write.
~Hate war.
~Love peaceful places.
~Mother of two.
~I love my family very much.
~Likes to munch on fruits.
~I adore cats..
~Sometimes like to be alone.

5 Bloggers that i like to share this award is..

Reen
Farah
Cikgu Rashid
Kak Azza
Daddy cool

Award Rules :


1. 1st insert this badge or the pic above to inform you have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said who it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell
their names in
your blog.
5. Don't forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!

~Done~

Tag on first of May

Tag dari kak Myza...kena wat OT on first May..Heehehehehe..

1.Letakkan gambar profile anda.
See sudah letak ....

2.Maksud gambar tu?
Maksud gambar, my self of course. I think I look sweet in this foto.
( hehehehhe...perasan sensorang..sekali-sekala puji diri sendiri apa salahnya kan..wah nak jugak).

3.Kenapa pilih gambar ni?
Hmmmm...gambar ni adik saya yang pilihkan, kredit to my sis Siti Mastura. Dia yang ajar buat blog ni. Gambar nii diambil masa hari pertunangan dia. Walaupun dia yang pilihkan gambar but I love her choice.

4.Bloggers yang akan di Tag ialah....
Reen
Farah
Asyafiah
Budak demok
Akulah bapak

Hehehehhe silalah merajinkan diri anda menjawap tag ini yerrr.....

Alia's guest book