Ahad, 10 Mei 2009

Tribute to my Mom....

Hari ni hari ibu...pegi blog sana cakap pasal hari ibu , pegi blog sini ada lak kad untuk hari ibu....
Hmmmm.....teringat pulak kat mak aku, sedih pun ya, sebab dia dah tak ada. Sedih jadi berganda sebab abah pun dah tak ada.Sebenarnya abah aku meninggal tahun 1989, masa tu umur aku baru 11 tahun. Tinggal lah mak terkontang -kanting nak menguruskan anaknya yang seramai enam orang. Aku tak tahu dari mana mak dapat sumber kekuatan untuk tetap berdiri gagah membela nasib anak-anaknya. Bersandarkan sedikit duit pencen abah dan dua relong sawah itu lah mak dapat membesarkan anak-anak dia. Kudrat seorang perempuan mengerjakan dua relong sawah. Lepas abah meninggal mak jarang tersenyum, wajahnya selalu serius, mungkin mak lebih suka berwajah serius dari berwajah sedih.Mak perlu jadi kuat demi anak-anak. Mak lebih mementingkan kebahagiaan anak-anak dari kepentingan nya sendiri, mak tak mahu berkahwin lain walaupun ada yang datang bertanya. Mak lebih selesa membesarkan kami seorang diri.

Bermula tahun 1993 mak sudah mula sakit-sakit. sudah mula masuk keluar hospital. Tapi dia jarang menunjukkan kesakitan yang sedang dialaminya di depan anak-anak. Kalau boleh semua nak dibuat sendiri, tak mahu rambutnya disikatkan oleh orang lain, tak apa mak boleh buat, katanya. terkadang aku tak pedulikan bantahan nya itu, rambutnya ku sikatkan, mukanya kubedakkan. Aku hanya berani tersenyum dalam hati setelah berjaya menyikat dan membedakkan wajahnya.
1995...emak semakin uzur. hari-hari kami adik beradik banyak dihabiskan di wad. Kami bergilir-gilir menjaga emak.

April 1996..mak dibenarkan balik...di satu petang emak minta ditemankan ke sawah. Dalam keadaan lemah pun mak nak ke sawah, nak menjenguk semaian padi. Balik dari sawah...minta dikupaskan buah mangga.....rupa-rupanya petang itu adalah petang terakhir kami bersama emak...
Selepas maghrib keadaan mak mula sesak nafas. Hanya aku,adik siti dan adik ida saja yang berada dirumah ketika itu. Melihat keadaan mak yang semakin teruk aku berlari memanggil jiran2. Tinggallah adik siti dan seorang mak saudara ku memangku emak....
Emak meninggal di dalam pangkuan adik ku, aku hanya mampu mendekati, memegang tangan nya mencari denyut nadi. Tubuhnya masih panas ketika itu, aku masih berharap mak buka mata dan menyahut panggilan ku. Tidak ada airmata mengalir malam itu, hanya adik-adik yang menangis, aku masih tak percaya mak telah pergi, aku masih berkelakuan biasa, cuba membaca Al-Quran,biarpun kurasakan fikiran ku melayang jauh.

Esoknya, aku turut membantu memandikan emak, selesai mandi aku mengucup dahinya yang sejuk, sebaik saja dahinya yang sejuk ku kucup, aku terduduk di tangga, seolah baru tersedar, itulah ibu ku yang sudah tiada. rasa sejuk tubuhnya itu membawa aku ke alam nyata, ketika itulah baru membuak rasa sedih ku. ketika itu barulah aku teresak-esak menangis.....
Adik-adik ku datang memujuk, kalau semalam aku memujuk mereka untuk tidak menangis, hari ini mereka pula memujuk ku.

Pedih rasanya kehilangan emak. Dulu walaupun tanpa Abah kami ada emak,kami tak terasa kehilangan abah dengan adanya seorang emak, tapi tanpa emak kami seperti anak ayam kehilangan ibunya..semuanya kosong, kami melalui hari-hari yang kosong. Kali pertama berpuasa tanpa mak, hari raya yang tidak lagi seperti hari raya,semuanya sukar tanpa mak.
Terpaksa belajar hidup tanpa seorang ibu adalah sesuatu yang sangat sukar.
Seri hidup seorang ibu adalah anak, tetapi cahaya hidup seorang anak adalah ibunya.

Untuk mak, terima kasih kerana mengajarku untuk menjadi manusia yang tabah.
Aku belajar menjadi tabah dengan melihat ketabahan mu mengharungi hidup.
Terima kasih kerana mengajar aku tentang kasih sayang, aku belajar tentang kasih sayang dengan melihat betapa kau tidak pernah jemu berkorban demi anak-anak mu..walaupun tanpa ucapan sayang tapi dari sinar mata mu semua itu sudah cukup mengambarkan betapa sayang nya mak kepada kami semua.
Terima kasih kerana mengajar ku tentang semua itu...
Aku akan cuba menjadi seorang ibu yang setabah mu...
Semoga Tuhan menempatkan mak dan abah dikalangan orang-orang yang dikasihi dan diampuni...
I love you both...

Al-Fatihah...

6 ulasan:

mommy otai berkata...

liaa...al-fatihah tuk mak lia..moga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan org2 yg beriman..ameenn...kukuhnya dan kentalnye semangat ibu..ohh ibu!!

Bapak berkata...

salam,

al-fatihah untuk mak Kak Alia. memang kenangan bersama ibu takkan dapat dilupa hingga ke akhir hayat..

Intan and The Boys berkata...

al-fathah untuk arwah mak alia.
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

selalu2 bacakan yaasin ok.
:)

Muslimah Perth berkata...

sedihnye baca... such a strong person.. al fatihah utk mak alia yg sentiasa dlm ingatan...

aliadijamina berkata...

Tak daya nak tulis panjang2...rasa nak nangis jer...

Redynne™ berkata...

Salam lia..

Al-Fatihah utk keduanya yg tlh tiada..

Semoga kau sentiasa tabah dn kuat menjalani pancaroba hidup..

*jgn cedih2 ye.. sayang lia..
mmmmuuuuaaaaahhh!!!

Alia's guest book