Sabtu, 14 November 2009

Entry apo-apo ajalah...



Lama tak update blog, tarantula dah bersarang. Apa nak buat, tak banyak aktiviti yang menarik pun. Cuma sekarang aku tengah asyik masyuk dengan drama siri korea Boys over flower. Suka sangat dengan drama nih. Heroin cute miut, hero lak hensem-hensem, lagu semua touching, cerita memang best, scene kelakar buat aku ketawa terkekek-kekek, sampai hubby aku pun heran... apalah yang dok gelak sensorang depan pc tu. Scene geram..memang lah buat aku geram sesangat , macam nak gi lempang saja hero yang memula tersangat lah kurang hajarnya. Scene sedih pulak, dengan aku sekali terasa nak melalak sama... Pendek kata aku memang tabik spring lah dengan penulis skrip dia. Ingat senang ke nak tulis cerita yang kaya dengan elemen. Makcik pun belum tentu boleh tulis skrip macam ni. Dan aku sangat bercita-cita nak tulis cerita yang sebaik ini. Full of suprises.

Asalnya cerita ni diadaptasi dari komik mangga Jepun Hana Dori Yango. Dalam versi jepun pun ada cerita nih. Tapi aku lebih suka versi korea. Lebih ngam gitu. Kalau tengok satu siri mesti nak tengok lagi dan lagi. Sekarang nih aku teringin lak nak belajar cakap korea... ada sapo-sapo kat sini yang pandai???

1 ulasan:

aliadijamina berkata...

Nama drama versi jepun tu Hana yori Dango yer....hehehehe leh terbalik lak...tu maknanya aku memang lah tak pandai bahasa jepun. Bianne..( maaf lam bahasa korea) kihkihkih...

Alia's guest book