Isnin, 26 Julai 2010

Bebelan di pagi hari.

Pagi-pagi sudah bangun,sesudah semalaman macam tidur tak tidur saja aku.Uruskan Kakak yang bersekolah pagi.Tengokkan bajunya, bukunya, begnya, sampai penselnya pun kena ingatkan. Oh rutin hari-hari. Manja sungguh budak-budak sekarang.Agak-agak..., bila boleh urus sendiri ya , kakak? Penatkah menjadi ibu? Penat, lelah, kadang-kadang sesak jiwa raga.Tapi itulah ibu. Sambil mulut aku bising meleteri anak sendiri, teringat-ingat pula dulu aku yang dileteri.Pot pet pot pet, Mahu menjadi ibu mesti pandai berleter. Kalau tak bising, kerja tak jadi, kalau tak diketuk tak bergerak.Cuba lah kalau Maknya tak bising-bising, apa jadi? Pernah cuba tak? Aku pernah, sehari buat tak tahu, tak bising , tak berleter. Wah ! Seronok depa, tak ada orang bising, tak ada yang kena tarik telinga.Ruang tamu, kusyen tunggang langgang, buku berselerak, mainan letak ikut suka.Keluar bermain sampai lebam, tengok kartun sampai sangap otak. Wah.., wah..,wah.., naik lemak budak-budak ni. Last-last kena tempik jugak, baru nak bertempiaran, baru nak kemas itu ini, baru tau nak masuk rumah dan mandi. Oh..., baru lah kita tahu sesak hati mak-mak kita dulu tengok perangai anaknya. Susahnya hati kalau tengok anak yang tak berapa menjadi.Adat dunia,dulu mak aku yang urut dada tengok perangai anak-anak dia, sekarang giliran aku pulak, sesak-sesak nafas. Oh..., karma.

Tiada ulasan:

Alia's guest book