Khamis, 28 Oktober 2010

Masak sendiri.

Dua tiga hari ni aku masak sendiri, boleh dikatakan lebih banyak masak dari beli. Roh memasak sudah mari.Makin galak nak mendiet makin galak pulak aku memasak. Tapi ok jugak, hubby suka, anak-anak pun makan bertambah-tambah. kucing-kucing aku pun suka, tak adalah depa asyik makin friskies dan whiskas saja. Aku rasa lebih sihat kalau masak sendiri kan, macam malam ni sup sayur campur letak isi ayam, ayam goreng, dan sambal belacan blend dengan tomato. Itu sudah cukup, simple tapi aku suka. Boleh ratah-ratah sayur, hirup-hirup sup panas-panas. Nak kata makan terlalu banyak pun tak jugak, tapi aku puas. Yang penting garam kurang, and no ajinomoto. memang aku tak beli pun.

1 ulasan:

Myza Pesona berkata...

Tahniah Alia! Teruskan memasak untuk keluarga! Air tangan seorang ibu dan isteri banyak berkatnya kpd keluarga selain dari jimatkan kos beli kat kedai dan anak2 tak keracunan di sekolah especially kalau mereka bawa bekal ke sekolah!

Alia's guest book