Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH ! Ini pendapat aku.

Bersih, satu perkataan yang sepatutnya menjadi budaya dalam hidup. Tetapi hari ini ada pihak yang berjaya memanipulasikan perkataan itu untuk menjayakan tujuan KOTOR mereka.

Alangkah bagusnya kalau dianjurkan kempen membersihkan alam sekitar, kempen menjaga kebersihan sungai,kan untung dah ada ramai ahli yang berkumpul tu disuruh bergotong royong.

INI TIDAK...


Depa pun pi buat perhimpunan secara haram, lepas tu dok provoke kerajaan, awat tak buat CARNIVAL saja, buat la gerai2 jualan, kaunter penerangan, pameran, lagi ramai orang boleh pi, tua muda boleh join, buat kat tempat lapang. tak payah dok berdemonstrasi. Macam tu lagi baguih,.

Budaya berdemonstrasi dan menghuru-harakan keadaan tak boleh dijadikan teladan, jenuhlah nanti kalau jadi budaya, tak puas hati sikit berdemo, lepas ni kalau ada kelompok pelajar tak berpuas hati dengan pihak guru atau pentadbiran sekolah depa pun nak demonstrasi jugak, huru-hara sekolah, sapa yang ajaq semua tu? Nak salahkan sapa masa tu? Jadi mari kita renung-renungkan...

Tiada ulasan:

Alia's guest book