Jumaat, 22 Julai 2011

Demam dan contest ASST.




Demam ASST dimeriahkan lagi dengan contest yang dianjurkan oleh Kak Melur jelita. Mahu tahu kenapa aku juga dilanda demam ASST ini, mari kita semak.

Dialog paling berkesan

“Dari mana asal manusia?”

‘Dari Adam?”

“Ya ….tetapi siapa ibu bapa Adam? Siapa sebelum Adam?”

“Tiada siapa-siapa. Dia manusia pertama.”

Aku tersenyum

“Jadi siapa yang menjadikan Adam?”

Hilman menunduk, kemudian memandang ku,

“Tak tahu…tapi saya rasa ada satu kuasa besar disebalik itu…”

Alhamdulillah…

“Nah …sampai ke satu peringkat mulut tak boleh berbicara, persoalan tak boleh dijawap…hati dan akal akan mengaku juga” ada sesuatu kuasa besar”, “keajaiban dan sebagainya…kita akan sampai ke penhujung….ada sesuatu. Sesuatu itulah Allah, Tuhan semesta alam.

**************************

Dialog paling disukai.

Susahnya nak melupakan sesuatu yang dikasihi. Yang diimpikan selama ini.

Hilman…

Aku menyandarkan kepala ku didinding kaca dengan kedua tangan ku masih melekap. Mata

ku pejam rapat, menahan airmata..

HIlman saya rindu awak sangat-sangat. Kembalilah…

Wahai hamba Allah yang penuh kesabaran…penuh kesopanan… penuh kelembutan…kembalilah…

Tuhan ..

Please bring back what is mine…

Please bring back my Hilman…

Airmata menitis jua..

Lama…

Terdengar sepeti satu ketukan perlahan …dengan satu jari.

Aku mengangkat kepala…cuba melihat dengan mata yang basah.

Hilman…Hilmanku…sedang berdiri disebalik sana. Airmata ku semakin lebat. Dia

memandang aku dengan penuh kasih sayang. Tanganya dilekapkan sama dengan tapak

tangan ku. Dia juga melekapkan dahinya …rapat ke dinding.

Dia memandang aku…

Dia menunduk dan mengucup lembut tapak tangan kiriku…

Kemudian dia merapati cermin lagi…aku mendongak memandangnya…

Dia mengucup dahiku…

Merenung aku dibalik dinding kaca…

Aku menjauhi dinding dan melepaskan tanganku…

Entah berapa lama aku menangis dan berapa lama Hilman berada disitu…seolah-olah aku

menangis di dalam pelukannya…hanya dipisahkan oleh dinding kaca.

Tuhan…adakah ini pertanda.

Hilmanku akan kembali?

*************************************

Dialog yang kelakar

“Habiskan…awak kena gemuk sedikit, nanti cincin tak jatuh lagi.”

Tak nak la gemuk. Tak best.”

“Kurus sangat bukan cantik. Awak kena gemuk sikit, barulah best , sedap dipeluk.”

Terjatuh sotong celup tepung aku!

Hilman!!! Opsss…Damien!!!!!!

********************************************

Dialog paling sedih.

“Saya mohon ….Mr Damien jangan memperolok-olokkan saya lagi, tidak mahu menghormati saya tidak mengapa…tetapi jangan menghina diri dan perasaan saya. Mungkin MR Damien tak faham…kerana Mr Damien tidak mengalami duka yang sama, tidak merasainya. Bila tidak merasai, tidak memahami. Mr Damien tidak perlu memahami kesedihan saya….tetapi jangan lukakan hati saya. Saya ibaratkan diri saya seperti balu….malah lebih dari balu. Balu ada suami tetapi saya tiada, Suami meninggal, ada kuburnya tetapi saya tiada apa-apa tanda. Suami pernah disisi mereka, tetapi saya tiada sesiapa. Paling menyedihkan sekeping gambar dirinya pun saya tiada. Saya boleh melihatnya…dari jauh atau dekat…tidak ada bezanya…tidak boleh disentuh atau tersentuh. Dia seperti bayangan di air….bila saya cuba menyentuhnya…air akan berkocak dan dia hilang.

Kalaulah tidak kerana Allah itu Tuhanku , Muhammad itu Nabiku, Puteri intan Zulaikha hanya jasad yang bernyawa…kosong jiwa dan ruhaninya.”

*****************************************************

Tagline

Awak suka saya tak?

Suka awak ,sayang awak ,cinta awak, selamanya….

*****************************************

Kenapa saya suka awak( ASST )?

Gaya penceritaannya yang santai, cerita yang penuh suspen, babak cinta yang indah, karektor yang comel, dan memberikan kesan mendalam, cukup rempah dan rencahnya.
Ada aura tersendiri. Watak-watak yang kuat dan novel ini adalah berasaskan research bukan sekadar novel kosong. Jalan cerita yang bermain-main difikiran saya, saya sentiasa ingin tahu apa yang terjadi pada Hilman dan Intan. Babak cinta yang menyentuh hati, babak lucu yang buat saya ketawa besar, babak sedih yang buat airmata saya bergenang.

Kerana ada Hilman, kerana ada Intan, kerana ada cerita, kerana ada cinta.

Alia's guest book