Rabu, 1 April 2009

Celoteh di pagi hari

Blog aku dah bersawang...hmmmmm, dah lama tak ada entry baru.Nak cerita apa yer...
Awal-awal bulan ni aktiviti aku dua tiga hari ni, lepas anak yang sulung Jazmina pergi sekolah,
aku, hubby dan khadija pergi ke Pekan Kuah....Entah kenapa bosan pulak duduk di rumah...kaki asyik nak berjalan jer..hehehehhe.
Bukan pergi shopping ya, sekadar bayar bill, cuci mata, window shopping. Niat nak menyoping bulan ini terpaksa ditangguhkan dahulu...dahulukan yang penting-penting, benda yang tak penting tolak tepi daaa.

Teringat pulak kenduri adik aku yang makin dekat tarikhnya, awal bulan ogos. Banyak jugak tugasan yang disenaraikan untuk aku.... tukang cari bekas hantaran, tukang beli coklat, nanti jadi tukang hias hantaran jugak..jangan tak percaya, bekas hantaran dia masa bertunang aku yang hiaskan(ada jugak bakat terpendam aku ni tau...ewah..). Ada jugak niat dia nak suruh aku jahitkan labuci kat baju pengantin dia tu...erk...dah lama aku tak jahit labuci-labuci nih, nanti jap nak jengok dalam ingatan kot-kot amnesia lah pulak...
Tugasan nak memasak lauk pengantin diserahkan pada hubby aku....siap demand nak ukiran ais bentuk angsa...hahahahhaa. kalau sekadar ukiran buah tu boleh lah...nak ukiran ais, mana lah nak gi cari wahai adik ku , buat nanti dia tak dapat cuti masa kenduri sapa yang nak buat...
Aku gurau2 ngan dia, kalau tak ada ukiran ais bentuk angsa..kita tangkap ajalah.. angsa dua ekor letak atas meja pengantin hang tu... heheheheh. Tak pernah dibuat orang wooo....
Sebenarnya banyak tugasan lain lagi..tapi aku lak amnesia pulak pasal tugasan yang lain..nak kena re-check dengan bakal pengantin.

Bulan june nanti dah rancang-rancang nak balik Alor Setar...nak jenguk anak sedara yang baru.
Kakak aku yang sulung baru dapat baby boy...ni yang buat aku tak sabar nih, anak dia dah tiga perempuan, baru yang ni dapat lelaki. Cucu-cucu arwah mak abah aku ramai cucu perempuan.
Yang lelaki termasuk new baby boy ni baru empat orang. Aku pulak both are girls, kalau balik kampung sure ada yang tanya ... bila nak tambah lagi ambik lelaki pulak sorang...? Macam senang pulak yer boleh pilih...hehehehhe.

1 ulasan:

mast berkata...

Cit Yeena dey, Jangan nak pura-pura amnesia ek. Xper jumpa bulan June ni aku akan peringat hang k.
Heheheh :)

Alia's guest book