Ahad, 12 April 2009

Kisah ku dengan ayam kampung.....

Alkisahnya, peristiwa ini berlaku di bulan puasa tahun lepas. Satu hari hubby aku yang peramah ni dok bersembang ngan makcik tuan rumah. Tiba-tiba terkeluarlah cerita kari ayam kampung yang dihantar makcik tuan rumah sebagai juadah berbuka puasa kelmarin...memanglah kari buatan makcik tuan rumah aku ni sedap,ayamnya pun lembut aja... Hubby aku pun memuji-mujilah makcik tuan rumah diatas keenakkan kari masakan nya itu. Dengan muka tak malu hubby aku ni pun beritahu lah makcik tuan rumah bahawa dia memang dah lama teringin makan ayam kampung.Maka makcik tuan rumah yang baik hati ini pun mempelawa lah hubby aku ni kalau teringin ajaklah pakcik tangkap ayam tu barang seekor dua, boleh masak untuk berbuka...
Udah dipelawa bebenor maka hubby aku yang entah mengidam dek rontaan anak cacing lam perutnya pun, dengan bersemangat lah menangkap ayam kampung bersama pakcik tuan rumah.
Maka berlarian lah semua ayam-ayam melarikan kan diri dikejar dek pemangsa yang sedang mengidam daging mereka itu.....
Dapatlah dua ekor, kedua-dua ekor ayam itu pun disembelih oleh pakcik tuan rumah dan diserahkan kepada suami ku untuk dicabut bulunya..
Bersungguh-sungguhlah pula hubby ku itu mencabut bulu ayam, tanpa direndam dalam air panas memang lah susah nak dicabut bulunya, masuklah pulak kedalam rumah bertanya pada aku mengapa susah benar nak cabut bulu ayam kampung ni...
Geli hati aku...heheheh maka aku suruh dia rendam dulu dalam air panas.
Habis sesi mencabut bulu ayam, ayam yang telah togel itu diserahkan kepada aku pulak untuk dikerjakan. Lain macam jer aku tengok ayam kampung ni,kulit tebal macam kulit badak. Liatnya kulit dia,apakah ilmu yang dituntut oleh ayam-ayam ini ? Adakah ilmu kebal? Hehehehehe....
Maka terkial-kial lah aku menanggalkan kulitnya lalu dipotong-potong. Dah habis sesi memotong, tiba pulak sesi basuh-membasuh,cuci mencuci ayam yang telah ku potong itu.
Adeh ponatnyo den kerjakan ayam kampung tu,terasa sakit pinggang den. Sudahlah nak memotong pun mengambil masa yang lama.Mulalah aku mula rasa sebal dengan laki den nih,beli kat market kan senang dah siap siang siap potong....
Tetapi kerana sayang(chewah) ku kerjakan jugalah...potong bawang,itu ini,sesi mengoreng, sesi mengulai.
Akhirnya siap sudah ayam kampung masak kicap dengan kari ayam kampung.Berjaya jugak kukerjakan ayam-ayam bertuah itu.Adehhhhh...rasa letih bebenor badan den,macam doktor pakar baru keluar dari dewan pembedahan yang berjam-jam lamanya.
Tunggu lah ekau ayam ..nanti bukak puasa time aku pulak nak belasah kau....
Mengenangkan baiknya hati pakcik dan makcik maka masakkan aku tu dibahagi dua dan dihantar kerumah mereka.

Jeng..jeng...jeng...

Sesi berbuka puasa,

Watak utama:
Baba,mama,jazmina(kakak) dan baby.

watak sampingan:
Ayam masak kicap,kari ayam kampung,nasi,kuih-muih,kurma, buah-buahan dan sejag air oren.

Kisahnya....
Tibalah masa untuk berbuka puasa, azan pun dah berkumandang,doa bukak puasa pun dibaca, masing-masing yang berpuasa memang lah air dulu jadi santapannya.Anak-anak dah beria-ria minta disendukkan nasi dan ayam masak kicap. Tiba-tiba kakak yang begitu teruja mengigit peha ayam terhenti makannya,
"Mama kenapa ayam ni keras macam batuuuuuuuuu....?????"
Hah....keras macam batu....kakak cuba lagi mengoyak isi ayam itu,dengan separuh ayam dalam mulut dengan sebelah tangan siap pegang sambil tarik tarik...
Terlopong lah mulut aku menyaksikannya, teringat pulak semangkuk besar kari dan ayam masak kicap yang aku suruh hubby aku hantar ke rumah pakcik dan makcik.
Aku pandang hubby aku...hubby aku pandang aku....
Aku capailah ayam masak kicap yang nampak mengiurkan itu...aku cuba cubit isinya ..memang keras pun,lepas tu aku minta pulak hubby aku tolong pegang kan supaya aku boleh mencubit keluar isinya,punya lah keras ...ini ayam ker batu...kata hubby aku...
Aku yang tengah khusyuk berusaha mencubit isi ayam tu terkekek-kekek ketawa, tengok aku yang syok dok gelak hubby aku pun terikut-ikut ketawa...lepas itu berjangkit-jangkit lah pulak,
anak-anak aku pun ikut tergelak sama...
Terbayang-bayang susah-payah mengejar ayam, menyembelih ayam,mencabut bulu,menyiang ayam yang kulitnya tebal dan liat. Last-last yang dapat ayam yang keras macam batu...
hahahahahahha, sampai berair-air mata kami ketawa....
Kalau kami yang muda ni nak mengunyah pun susah isi ayam tu tambah-tambah pulak pakcik dan makcik tuan rumah aku, kesian depa dapat ayam keraihhhhh...
Lepas tu baru lah aku teringat nakmembasuh dan memasak ayam kampung ni kena ada caranya.
Aku pun dah lupa, dah bertahun dok makan ayam daging yang dah siap potong dan siang di market..inilah jadinya...
Hubby aku pulak serik dia nak makan ayam kampung lagi..apalagi yang sendiri kena kejar,nak kena tangkap nak kena cabut bulu,letih katanya....
Anak-anak aku pulak, mama esok beli ayam lain lah, ayam ni tak mau ...kerasssss...
Aku pulak ...serik nak menyiang ayam nih..aku pun letih gak...
Malam tu sapa yang larat mengunyah tu ..kunyahlah ayam tu..sapa taknak makan nasi ngan kuah jer ya...

3 ulasan:

Redynne™ berkata...

hehehe..

aku msk ayam kg ke..ayam kertu ke.. daging ke.. sumer aku pakat baling sudu je dlm tu.. Alhamdulillah..lembut gak walau x segebus pipiku.. kekeke..

*tu la gunanye gigi tajam cam denasor ijo tu.. :D

aliadijamina berkata...

Tu lah kan...aku terlupa lak petua tu,main campak2 sudu...hmmmmmm
lain kali kalau ada jodoh lagi dengan ayam kampung boleh lah aku guna petua tu...hehehhehehe

Tanpa Nama berkata...

ayam pondan pun lembut jugak... hehe

Pak Sheikh,

www.mytownkajang.com

Alia's guest book