Ahad, 8 November 2009

My 9th wedding aniversary....

Pejam celik pejam celik dah 9 tahun aku jadi bini orang. Dah 9 tahun usia perkahwinan aku. Rasa baru semalam aku habis ambik SPM lepas tu kerja. Dah kerja...kahwin...rasa cam baru semalam semua tu berlaku. Hmmm....9 tahun lama tuh. Nak bertahan selama 9 tahun mengadap orang yang sama pagi petang siang malam bukannya benda senang. 9 tahun mengharung pahit manis, masam kelat, bersama-sama. Sesungguhnya aku kagum dengan diri aku( bukan riak yer)..kes perasan mungkin jugak....hehehehe.

Dalam 9 tahun bersama, dia dah kenal sapa aku, aku pun dah kenal sapa dia. Macam-macam bunga dan duri yang kami rasa, termasuklah bunga silat, kuntau, kungfu taichi, cakar beruang....hehehehe...sila jangan salah faham...maksud aku segala jenis penangan dalam menghadapi kehidupan. Tapi jujur aku katakan penangan dia tak pernah hinggap di muka aku selama hidup dengan dia. Thank's God for that...dia memang penyabar. Dan aku jugak seorang yang sabar...hehe nak jugak..kalau tak sabar dah lama lari dan tak toleh-toleh lagi...chewah..

Sambutan untuk this 9th aniversary? Cake?Ada bercadang nak beli,tapi bila difikir-fikirkan rasa teringin tu melebihi keinginan nak makan, kalau beli pun lepas tu makannya sedikit saja. Membazir pula...lagi bagus kalau aku yang buat kek sendiri, it will be less sugar cake tapi maintain delicious.
Flower?Pentingkah bunga untuk hari istimewa ini. Mungkin penting buat orang lain, but I don't crave for flower right now.
Hadiah? Pentingkah hadiah, sedangkan disisi aku dah ada hadiah yang Tuhan kurniakan.

So buat apa hari ini? Hmmmm....duduk di sisi dia sedang dia asyik mengadap game di internet,
Cuba-cuba bertanya kalau dia ingat hari ni hari apa...jawapnya hari ini hari Ahad lah yang oii...
Berapa haribulan tanya aku, masih lagi tersenyum...8hb November jawapnya tenang masih tak rasa bersalah. Dalam hati aku dah geram...Yalah 8hb November tu hari apa dalam hidup kita? Tanya aku dengan suara geram. Barulah dia tersengih-sengih tersedar... Itulah nak buat macamana lelaki memang ada penyakit suka lupa tarikh penting. Nasib baiklah aku bukan perempuan yang suka demand itu ini, kalau orang lain agaknya dah menangis terguling-guling.
Sabar makcik sabar...

4 ulasan:

BEiB berkata...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 9.

Ingat pi Langkawi minggu lepaeh boleh belanja makan. Tak jumpa nak buat camana...
Ada sorang memba kita tu dia pun 9 tahun anibesari dia...awai taon ni...tak lama lagi naik 10 taon pulak..hmmm.saaaaat ja masa bejalan..
Tau tau dah tua...
heheh...

aliadijamina berkata...

Salam cikgu Beib...mekasih...
Mintak maaf bebanyak ler...tak berkesempatan jumpa cikgu..dimasa akan datang mana tau leh jumpa lagi.
Sekarang ni setahun sekejap ja rasa.
hmmmmm.....

Redynne™ berkata...

hepi anniversary lia..

Mmmmmuuuaahh!!

Dari jauh aku doakan semoga kebahagiaanmu berkekalan hingga ke akhir hayat..Insyaallah.. :)

aliadijamina berkata...

Muahhhsss...reen mucuk, mekasih...

Alia's guest book