Khamis, 8 April 2010

Bila dah pandai-pandai sendiri.


Petang nih terasa nak makan donut. Dok asyik google resepi sana-sini. Bukan tak biasa buat, tapi nak cari resepi yang senang dan ekspress. Almaklumlah aku ni bab nak tunggu-tunggu sampai doh naik memang fail. Satu lagi bab nak menguli, kalau kek laju jer, sebab senang pakai mixer. Nampak sangat tak penyabar nya.Dapat satu resepi terus aku cuba. Tapi tak adalah ikut betul-betul, sebab rasa nak buat sikit aja. Mak Cik nak try dulu. Lambat pulak tunggu campuran yis,gula dan susu berbuih. Memang nak cepat ajo. Akhirnya, mulalah aku memandai sendiri. Gedebak -gedebuk, gedebak-gedebuk dah siap. Hahahahhaha..., tapi doh pulak rasa macam lembut sangat, nah hambik bukan donut tapi char kueh jadinya, doh yang lebih aku bulat-bulatkan terus masuk oven, hambik..., lagi senang. Terus jadi roti, kihkihkih...( tak boleh makan yang bergoreng sangat nanti aku pengsan pulak, ini pun dah ada rasa pening-pening lalat, lalat pun tak pening macam aku).

Magickan..., dari resepi donut boleh dapat resepi rahsia char kueh yang gebu( gambar tak sempat ambik sebab dah dibaham) dan juga selama ni kalau buat roti tak pernah nya menjadi tapi hari ini naik dengan gebu dan jayanya. Rasanya pun sodap...

4 ulasan:

Bapak berkata...

char kueh pun char kueh la, janji kenyang...heheh

aliadijamina berkata...

Hahahaha...tu lah kan, janji kenyang.
Buat pulak perut tengah lapar, apa lagi kasi hentam sajalah labu...
Memang tak dak bakat nak buat donat.

Rashid berkata...

gedebak gedebuk.. siap!!!!

eeeeee rasanya saya tak sanggup le nak makan.. haha!!

aliadijamina berkata...

Kihkihkih, habis tu dah nak menguli kenalah uli ngan penuh perasan da sepenuh perasaan.

Alia's guest book