It's all about my Life, my Interest, my Dreams... Penuhi impian, Capai mimpi-mimpi, Berdiri dan berlari... capai pelangi...
Isnin, 31 Januari 2011
Mari mengayatkan diri.
Muka cuak mak budak.
Sungguh aku gayat, tengok orang lain naik relaks saja, senyum-senyum , ketawa-ketawa. Ikutkan hati aku tak mau naik, tapi dah didesak sangat,sangat. Anak-anak pun dok merayu, merengek ajak naik, maka aku gagahkan diri. Orang itu, sengih-sengih tengok dahi aku dok berkerut.
"Alah tak ada apalah, orang lain naik ok ja."katanya sengih lagi.
Anak-anak riang gembira ketawa suka, hati aku pulak yang berdebak-debuk.
Sekali dah melangkah , sudah terlambat untuk berundur, pintu tertutup. ya mari berdoa, moga selamat naik dan turun.
Kanak-kanak Ribena yang riang gumbira.
Yeaaayyy...sudah sampai, fuh berangin, sejuk.., kaki ketar-ketar.
Sesi bergambar Baba and the girls.
Bagai berada di awangan.
Aku yang sudah tidak lagi gayat, tapi muka still berkerut, angin kuat dah macam nak terbang pun ada.
Itu dia, cerita satu hari yang gayat, jom mengayatkan diri di Cabel Car Gunung Mat Chinchang, Langkawi. Sekarang cable car bukak sampai pukul 10 malam tau, sapa berani?
Sabtu, 29 Januari 2011
Entry sapu-sapu sawang.
Salam semua, terima kasih pada anda yang sudi berkunjung walaupun dah lama tak ada entry baru dalam blog rahsia hati ni.Agaknya dah tak banyak rahsia dah sekarang kot, dah jarang merapu meraban..., tapi masih ada yang sudi jengok.
Malam ini dengan ditemani oleh nyamuk-nyamuk yang tak reti bahasa, asyik nak menggigit kaki ku, mari la kita marapu, kesian pulak korang yang datang tak ada apa-apa yang baru, ibarat tamu yang datang berkunjung tanpa dihidangkan kopi dan biskut kering.
Aku pun kesian jugak tengok blog bersarang disana-sini, mana pula penyapu aku ni, boleh juga buat kibas-kibas dan sapu-sapu habuk.
26 januari 2011.
Aku kena pergi buat check up mata. temujanji pukul 1:30 petang, di klinik kesihatan, sampai disana kena titis ubat mata ya,pedih sikit. Ubat ni untuk mengembangkan anak mata agar saraf-saraf mata dapat dilihat dengan jelas. kebetulan hari tu cuma ada dua orang yang kena check mata. Dah titis ubat, mata pun dah agak-agak kelabu asap, kami dijemput naik kenderaan khas.
Tumpang glamor kejap yer, ingat senang ke nak naik ni. Orang-orang yang terpilih saja yang boleh naik.., orang yang sakit macam akulah kan.
Dari klinik kesihatan ke Hospital naik Ambulan ya.Diringi seorang driver, seorang nurse dan seorang pembantu perubatan. Dah macam lawatan pegawai kesihatan lah pulak. Padahal nak pergi bahagian oftalmologi aja pun.
Apa itu OFTALMOLOGI atau dalam bahasa orang putihnya adalah OFTALMOLOGHY, beza ejaan aja pun. Maknanya ..., alah korang ni...,kalau dah nak pergi check mata, mesti lah nak jumpa doktor pakar mata. Semua pengidap diabetes kena buat pemeriksaan rutin ini sekali setahun ya. Semuanya untuk memastikan mata kita, tak ada selaput,katarak, atau salur darah yang bengkak.Salur darah yang bengkak ni bahaya tau, dibuatnya tiba-tiba meletus bak gunung merapi kat seberang tu boleh mengakibatkan buta tiba-tiba. Jadi rajinkan diri untuk periksa mata anda.
Berdebar-debar jugalah aku rasa masa menunggu nak check mata tu, dok terfikir apa lah yang doktor tu nak buat, adakah akan di cungkil-cungkil, dikorek-korek..., apa yang melampau tahap maksima aku ni kan. Ko ingat mata ikan...?
Rupanya camni aja mesin check mata tu, heisshhh..., takut mengalahkan apa.
Tak makan orang punya..., jangan takut ya.
dah selesai check doktor pun tunjuk keputusan ujian itu. Agak-agak korang keputusan aku ok tak, mata aku ok tak?
Yeayyyyy....!!!
I have a wonderful sexy and healthy eyes.
kenyit skit..., wink...wink...!
P/s: Gambar2 kat atas tu adalah hasil sumbangan pakcik google.

Sabtu, 1 Januari 2011
Fenomena Tahun Baru.
Selamat Tahun Baru semua !!! Azam baru, baju baru, kasut baru, beg baru. Jangan ada yang tambah bini baru dah la. Kalau tambah bini baru , tentu-tentu timbul benjol baru di dahi.
Tahun baru ada pulak fenomena baru, Fenomena minyak Ghaib. Susah kan nak cari minyak masak sekarang ni. Langkawi dah seminggu tak berminyak, yang tinggal di rak kedai-kedai dan supermarket cuma minyak dalam botol.Semua orang keresahan.
Hari ini kawan aku dekat Sungai Petani pulak yang mengeluh, minyak dah yilek pocik. tapi tadi sempat jugak aku menyambar sebotol minyak Seri Murni, 3kilo , harga 9 ringgit. Nak kena berjimat guna minyak, no more deep fried, alternatif yang ada pan fried sahaja. nak lagi jimat jom pakat-pakat kita bakar..., bukan bakar kilang minyak kelapa sawit yer Puan-puan..., sabar banyak-banyak, tapi jom ler kita membakar ikan , ayam, udang..., dalam bahasa popular nya let's barberque. sedap tuuu..!
Nak merebus pun boleh jugak, ikan kalau rebus kawankan aja dengan sambal belacan atau air asam, pasti bertambah-tambah nasi di pinggan, disamping itu selitkan juga ulam-ulaman. mak mertua lalu pun tak sedar tau, asyik masyuk makan.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku, kalau tak jadi macam ni kita asyik nak makan yang bergoreng aja kan. Ha sekarang ni, kena lah kreatif mempelbagaikan menu.
Selamat Tahun Baru, selamat membakar dan merebus juga....!

Langgan:
Catatan (Atom)