Selamat Tahun Baru semua !!! Azam baru, baju baru, kasut baru, beg baru. Jangan ada yang tambah bini baru dah la. Kalau tambah bini baru , tentu-tentu timbul benjol baru di dahi.
Tahun baru ada pulak fenomena baru, Fenomena minyak Ghaib. Susah kan nak cari minyak masak sekarang ni. Langkawi dah seminggu tak berminyak, yang tinggal di rak kedai-kedai dan supermarket cuma minyak dalam botol.Semua orang keresahan.
Hari ini kawan aku dekat Sungai Petani pulak yang mengeluh, minyak dah yilek pocik. tapi tadi sempat jugak aku menyambar sebotol minyak Seri Murni, 3kilo , harga 9 ringgit. Nak kena berjimat guna minyak, no more deep fried, alternatif yang ada pan fried sahaja. nak lagi jimat jom pakat-pakat kita bakar..., bukan bakar kilang minyak kelapa sawit yer Puan-puan..., sabar banyak-banyak, tapi jom ler kita membakar ikan , ayam, udang..., dalam bahasa popular nya let's barberque. sedap tuuu..!
Nak merebus pun boleh jugak, ikan kalau rebus kawankan aja dengan sambal belacan atau air asam, pasti bertambah-tambah nasi di pinggan, disamping itu selitkan juga ulam-ulaman. mak mertua lalu pun tak sedar tau, asyik masyuk makan.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku, kalau tak jadi macam ni kita asyik nak makan yang bergoreng aja kan. Ha sekarang ni, kena lah kreatif mempelbagaikan menu.
Selamat Tahun Baru, selamat membakar dan merebus juga....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan