Jumaat, 27 Februari 2009

Fakta mengenai Palestin,israel dan Mesir.

  • Salam,
    Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang
  • sampai mati.

    I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

  • Mesir

  • Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

    Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

    "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

    Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine...

    Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

    Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

    (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

  • Gaza (Palestine)

  • Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!

    Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza!

    Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

    Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

    Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

    Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....)

    Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

  • Hamas

  • Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.

    Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

    Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

    Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

    Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

    Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

    Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

    Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

  • Israel

  • Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

    Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

    Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

    Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

  • Rakyat Palestine

  • Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

    Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

    Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

    Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

    Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.

    Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

    Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.

    So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

  • Wasalam.
Email ini diterima daripada saudara saya , yang mana dia juga menerima email ini daripada rakannya.

Isnin, 23 Februari 2009

Jom makan Mee Goreng....

Malam ni teringin pulak nak makan Mee Goreng....
Jadi apa lagi...zup zap zup zap... siap mee goreng.
Yang ni hasil masakan sendiri tau, bukan beli kat kedai makan.
Kalau nak puas makan mee goreng kenalah goreng sendiri baru puas makan, baru ler boleh tambah-tambah. Hehehehehhe...
resepi....hmmmm cam biasalah..
Nak letak ker..hehehheh kalau ada permintaan nanti akan di update kemudian..sila layan gambar. Maklum lah entry suka hati..

Hmmmm apa lagi jommmm makannnnn..
nyamm nyammn nyammm.

Rabu, 18 Februari 2009

Tag dari Farah


Gambar ni diambil masa balik kampung sempena Raya Korban tahun lepas....
Kami adik beradik kalau balik kampung, memang ler rumah akak aku yang sulung tu jadi sasaran.
Kat situlah kitaorang lepak ramai-ramai,wat sepah(betuah punya adik2), masak dan makan ramai-ramai. Gambar kat sebelah nih, anak aku yang sulung tu Nurul Jasmina dengan sepupunya Ayuni bergambar masa kami tengah lepak2 dalam bilik, sembang-sembang, ketawa-ketiwi, cerita pasal zaman kami bebudak...
Dalam syok-syok dok bercerita tu bebudak ni pun sibuk nak bergambar... Maka Makcik mereka yang baik hati pun ambik ler gambar.
Hai.. korang nih kacau tau orang nak bercerita bagai...
Suruh dok kat luar taknak pulak, semua nak melepak
atas katil dalam bilik tu, nasib ko ler katil , badan semua besar2 gedabak,
hehehehe nasib baik tak runtuh.

( Harap Puan Farah kita berpuas hati dengan hasil tugasan yang diberi.
nak tag sapa yer....hehehehe malas ler aku nak tag korang. Buat masa ni korang
selamat dari di tag.Tunggu sikit masa lagi ler.....)

Dapat kad lagi......

Kad ini datangnya dari cikgu Rashid. Cantik kadnya, kata-kata yang tertulis pada kad juga sangat bermakna.. Terima Kasih..daun keladi...

Sabtu, 14 Februari 2009

Chocolate cake for my girls

Kek coklat ku yang sudah rabak dikerjakan....


Wah Khadija sudah memulakan operasi memotong kek.. Potong baik2 sayang..
Suka Dija yer..dah tak sabar la tu
Muka tak puas hati mama paksa bergambar dulu...

Eh..mama ni bila nak potong nih...orang dah lapar lah..

Chocolate cake for my girls

Dah janji dengan anak-anak nak bakar kek... so petang ni mamanya pun merajinkan diri di dapur.
Keknya haruslah kek coklat..biasalah budak-budak apa saja yang ada coklat memang laku....
Resepi untuk kek coklat yang paling mudah...

1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan gula
3 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar perasa choc emulco
1 sudu kecil cake stabilizer
1 cawan susu tepung
1 sudu besar baking powder
1/2 cawan air

Cara-cara
masukkan minyak dan gula ke dalam mixer putar sehingga gula larut, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.Putar seketika, kemudian masukkkan perasa choc emulco, stabilizer putar sebati. secawan susu tepung diayak bersama tepung dan baking powder. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam mixer, masukkan bersama 1/2 cawan air. Putar seketika hingga sebati.

Lenserkan tin pembakar dengan margerin, tuang adunan tadi ke dalam tin pembakar dan bakar dengan suhu 180 darjah celcius dalam masa 35 minit..atau sehingga lidi yang dicucuk di tengah kek keluar dengan bersih.

Resepi saya ni sesuai untuk orang yang gemar kek yang tidak terlalu manis...

Selasa, 10 Februari 2009

Wajah kesayangan hamba.....





Namanya Honey Blueberry.....

Dah besar pun si Honey Blueberry nih, dulu masa jumpa kecil lagi masih menyusu.
Aku jumpa dia merayau-rayau kat luar rumah, mengiau-ngiau lapar. Cari mak dia tak ada pulak...
Hmmmmm sian lak aku tengok, bawak masuk rumah kasi makan-minum.. mandikan.
Si kakak jas ngan adiknya khadija suka sangat dapat kucing,
mula la diorang carik nama,semua nama kartun keluar, nak letak nama buster ler, clifford ler, mickey ler, last2 kakak nak letak nama Honey... si adik khadija nak letak nama Blueberry...sampai bertekak dua beradik nih...
Terpaksa ler mamanya masuk campur..
"Apa susah..letak jer la Honey Blueberry..."
Horreyyyyy....okey Honey Blueberry nama dia, cepat aja kakak setuju, dija pun senggih jer... hehehehehe senang hati mama korang, kalau tidak bising jer korang...
Sekarang dah besar sikit, gemuk dan aktif jer Honey Blueberry nih... Asyik nak main jer..pastu suka lak mengigit.
Tapi gigit main2 jer lah. Kalau susah-susah hati, peluk jer si honey nih,main-main ngan dia, sejuk jer hati aku. Satu Terapi sebenarnya membelai kucing..

Ahad, 8 Februari 2009

Sup Ayam....untuk si kecil yang selsema...

Kebetulan si kecil asyik bersin dan mula berhingus.. tengah hari ini saya buatkan sup ayam dan sayur untuk dia...
Sup Ayam bersama kentang,tomato dan kobis panjang yang di potong...
Enjoy your lunch my little one..

Sabtu, 7 Februari 2009

Buffalo Park Langkawi

Sepetang di Buffalo Park.....


Tiada apa yang menarik dipetang sabtu , kami memutuskan untuk berkunjung ke Buffalo Park.
Salah satu tempat yang baru dibuka, pastikan Buffalo Park berada didalam senarai tempat yang harus anda lawati sekiranya anda sedang merancang atau sememangnya sudah berada di Langkawi. Usah pedulikan laluan jalan yang kecil yang terpaksa anda lalui, semuanya pasti berbaloi setelah tiba disana.
Terletak dikawasan Kampung Nyior Chabang, dihiasi kehijauan panorama pemandangan Gunung Raya dan Gunung Mat Cincang, ladang ini dikelilingi sawah padi, ladang getah dan hutan hujan tropika.Menganbil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari pekan Kuah dan 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Ladang ini merupakan penternakkan kerbau secara moden yang pertama di Malaysia.Hasil susu yang diperolehi oleh ladang ini sebahagiannya dijual dan sebahagian lagi digunakan untuk menghasilkan produk tenusu seperti yougurt, dadih,white cheese,susu berperisa dan ice cream. Semua produk ini hanya dapat anda nikmati jika berkunjung kesini....
Bila lagi nak rasa susu kerbau? Percaya atau tidak rasanya lebih enak dan berkrim dari susu lembu. Mari..mari... susu segar dari ladang.
Hehehehehe ketepikan rasa geli atau loya anda , rasa dulu baru tauuuuuuuu...
Duduklah di cafetaria Buffalo Park, nikmati hasil produk ladang ini dengan penuh nyaman sambil dibelai angin yang bertiup. Wah nikmatnya....

Lepas tu bolehlah melawat ke ladang, bergambar bersama sang kerbau yang diimport dari India.
Bukan senang nak ambil peluang bersama kerbau, kalau ditepi sawah itu cepat saja kita akan berasa risau untuk mendekati sang kerbau, tetapi disini proses untuk bergambar bersama kerbau ini dijalankan dalam suasana santai.Sila-sila ambil lah gambar sebanyak mana yang anda suka... posinglah dengan pelbagai gaya yang anda suka, dijamin kerbau-kerbau Murrah itu tidak akan menganggu keasyikkan anda bergambar.

Lihat sendiri perbezaan kerbau Murrah ini dengan kerbau tempatan. Kerbau Murrah ini dipilih untuk diternak kerana penghasilan susu yang banyak serta kualiti susu yang dihasilkan.
Selain itu anda juga boleh merasa memberi makan kerbau-kerbau ini dengan tangan anda sendiri. Jika teringin melihat proses pengambilan susu lebih baik berkunjung di waktu pagi, kerana diwatu inilah susu akan diperah dan dikumpul. Selain memerah menggunakan tangan machine juga digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja pengumpulan susu.

Bila lagi anak-anak kita nak belajar mengenal sang kerbau yang sudah mula susah untuk ditemui.Bawalah mereka kesini untuk mereka mengenali alam dan sang kerbau dengan lebih dekat... Sepetang di Buffalo Park pasti memberi kenangan yang bernilai buat kita dan anak-anak.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada staff-staff Buffalo Park Langkawi yang tidak jemu-jemu melayani pertanyaan kami dan juga layanan baik anda yang akan sentiasa dingati selalu. Terima Kasih.....

Jumaat, 6 Februari 2009

Gantikan caci maki dengan Doa.....

Kita semua manusia biasa, walau siapa pun kita kita tetap manusia biasa. Biar setingggi mana pun ilmu dan pangkat yang ada ... kita tetap manusia biasa. Tidak kira seorang raja,perdana menteri, yang berhormat, datuk sri, datuk,seorang hakim, peguam,alim ulama, pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang , pekerja kerajaan mahu pun swasta, petani atau nelayan, pro kerajaan atau pro pembangkang, blogger atau sekadar pembaca akhbar, yang di bandar atau di kampung, kita tetap dan masih manusia biasa. Jadi sebagai manusia biasa, selain dari kelebihan yang diberi Tuhan, kita juga disertakan kelemahan dan kekurangan.
Kadangkala dalam kesibukkan kita mencari-cari kesalahan insan lain,mencaci maki orang lain, melaung-laungkan kemarahan kepada orang lain, mari kita renungi diri-sendiri,apakah kita sudah cukup sempurna sebagai seorang insan manusia.Renungi lah sedalam-dalamnya... sempurnakah kita....
Dalam kesibukkan kita mengetuk papan kekunci itu adakah kita tidak pernah membuat salah, terlalu bersihkah kita ini...
Marilah kita bermuhasabah diri...merenung jejak-jejak yang kita tinggalkan. daripada sibuk menghitung kesalahan dan dosa orang lain,marilah kita duduk dengan fikiran tenang... hitunglah kesalahan dan dosa kita sendiri...
Sebelum amarah dan caci-maki yang berceramuk di jiwa kita hamburkan terhadap orang lain,
gantikan lah dengan doa... Doakan lah dengan doa-doa yang baik... doakan kesejahteraan semua orang... diri kita, keluarga kita,jiran kita, dan saudara seislam,malah seluruh negara moga akan tetap berada dalam keadaan aman dan sejahtera hendaknya
Semoga siapa pun kita dan orang lain..kita akan tetap berbaik sangka,jangan jadikan politik atau apa saja halangan untuk kita saling berbaik, mengambil berat,bertolak ansur dan bantu membantu sesama kita...
Marilah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama.. Alhamdulillah...

Alia's guest book