Sabtu, 7 Februari 2009

Sepetang di Buffalo Park.....


Tiada apa yang menarik dipetang sabtu , kami memutuskan untuk berkunjung ke Buffalo Park.
Salah satu tempat yang baru dibuka, pastikan Buffalo Park berada didalam senarai tempat yang harus anda lawati sekiranya anda sedang merancang atau sememangnya sudah berada di Langkawi. Usah pedulikan laluan jalan yang kecil yang terpaksa anda lalui, semuanya pasti berbaloi setelah tiba disana.
Terletak dikawasan Kampung Nyior Chabang, dihiasi kehijauan panorama pemandangan Gunung Raya dan Gunung Mat Cincang, ladang ini dikelilingi sawah padi, ladang getah dan hutan hujan tropika.Menganbil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari pekan Kuah dan 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Ladang ini merupakan penternakkan kerbau secara moden yang pertama di Malaysia.Hasil susu yang diperolehi oleh ladang ini sebahagiannya dijual dan sebahagian lagi digunakan untuk menghasilkan produk tenusu seperti yougurt, dadih,white cheese,susu berperisa dan ice cream. Semua produk ini hanya dapat anda nikmati jika berkunjung kesini....
Bila lagi nak rasa susu kerbau? Percaya atau tidak rasanya lebih enak dan berkrim dari susu lembu. Mari..mari... susu segar dari ladang.
Hehehehehe ketepikan rasa geli atau loya anda , rasa dulu baru tauuuuuuuu...
Duduklah di cafetaria Buffalo Park, nikmati hasil produk ladang ini dengan penuh nyaman sambil dibelai angin yang bertiup. Wah nikmatnya....

Lepas tu bolehlah melawat ke ladang, bergambar bersama sang kerbau yang diimport dari India.
Bukan senang nak ambil peluang bersama kerbau, kalau ditepi sawah itu cepat saja kita akan berasa risau untuk mendekati sang kerbau, tetapi disini proses untuk bergambar bersama kerbau ini dijalankan dalam suasana santai.Sila-sila ambil lah gambar sebanyak mana yang anda suka... posinglah dengan pelbagai gaya yang anda suka, dijamin kerbau-kerbau Murrah itu tidak akan menganggu keasyikkan anda bergambar.

Lihat sendiri perbezaan kerbau Murrah ini dengan kerbau tempatan. Kerbau Murrah ini dipilih untuk diternak kerana penghasilan susu yang banyak serta kualiti susu yang dihasilkan.
Selain itu anda juga boleh merasa memberi makan kerbau-kerbau ini dengan tangan anda sendiri. Jika teringin melihat proses pengambilan susu lebih baik berkunjung di waktu pagi, kerana diwatu inilah susu akan diperah dan dikumpul. Selain memerah menggunakan tangan machine juga digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja pengumpulan susu.

Bila lagi anak-anak kita nak belajar mengenal sang kerbau yang sudah mula susah untuk ditemui.Bawalah mereka kesini untuk mereka mengenali alam dan sang kerbau dengan lebih dekat... Sepetang di Buffalo Park pasti memberi kenangan yang bernilai buat kita dan anak-anak.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada staff-staff Buffalo Park Langkawi yang tidak jemu-jemu melayani pertanyaan kami dan juga layanan baik anda yang akan sentiasa dingati selalu. Terima Kasih.....

2 ulasan:

Redynne berkata...

ee..eeee... kobaaauu.. :)

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum

Saya telah melayari blog anda dan amat tertarik berkenaan penulisan Sepetang di Buffalo park. Amat jarang rakyat malaysia yang menghargai anugerah alam dan keajaiban ciptaan tuhan. Penulisan anda pasti dapat


membuktikan kepada kita semua sememangnya malaysia mempunyai banyak tempat untuk dilawati. Akhir sekali terimakasih diatas pengiktirafan anda terhadap produk pelancongan baru di Langkawi

T Kasih

Johari saad
Buffalo Park Langkawi

Alia's guest book