Jumaat, 20 Mac 2009

Welcome to Langkawi.... Kak Myza and Family


Setelah berbulan merancang, berchatting, ter...realisasi juga kedatangan Kak myza sekeluarga ke Langkawi. Debaran menanti berakhir juga, apabila dapat bertemu dan bersua muka. Seronok dapat berjumpa ibu yang peramah ini, anak2 dan suaminya juga peramah. Dah besar2 anak kak myza tetapi dia tetap maintain....hehehehehe
Harap di masa depan kan ada lagi pertemuan, semoga silaturahim ini kan tetap terjalin mesra.

Ahad, 15 Mac 2009

Tag from Sheri....

The rules are....


* Do not copy answer

* The tag question must be 100% the same

* Tag people after doing tag

I tag:

1) Kak Azza

2)Reen

3)Cikgu Rashid

4) Farah

5) Suzi

6)Kak myza


8) daddy cool

9) kak Yong


1. How do u know 1?

Melalui blog SEDETIK HATI. Bermula sebagai pembaca secara diam...pastu pelan2 baru ler tegur dan terus rapat.


2. What would u do if u meet 2?


Kalau boleh jumpa Reen ..wah best nyerrrrrrrrr....Ko nak belanja aku kalau jumpa kan Reen hehehehehhe.
Boleh ler round2, jalan2, dan saling mengenal( walaupun dah kenal tapi belum bersua muka).

3. What would u do if 3 n 4 dated u?

Date ker...hehehehe...perjumpaan ler lebih tepat,jumpa ramai-ramai baru meriah.


4. Would 5 n 6 make a good couple?

Both are woman and married,kalau good friend mesti boleh..kan..kan...


5. Do u think 7 is attractive?

Heheheheh...belum pernah bersua muka. But I know he is a good man, agood husband and good Father.( and a good employer to the employees).


6. Do u know anything about 8's family?

Daddy cool's family... a very cute son name alif.


7. Tell me something about 9?

Baru jer kenal Kak Yong and I hope i have a chances to know her better.


8. What language does 2 speak?

Malay and English


9. Who is 3 going out with?

With his lovely wife.


10. How old is number 4?

Hmmmm..ingat-ingat lupa lak..28 i think.


11. 5?

Sebaya ngan I kot..kan suzi kan..


12. Who is 6's favourite singer?

Jamal Abdillah kot, main teka jer nih.


13. 7?

Hail Amir ngan Ujie Rashid rasanya.


14. Is 8 single?

Married.


15. What's 9 last name?

Hehehehhe...baru kenal...tak tahu.


16. Would u consider being in a relationship with 1?

We have relationship, a good friend.


17. Which school does 2 go to?

Reen yer..hmmm..sekolah kebangsaan ..hehehhehe.


18. What do you like about 3?

Peramah, satu kepala..tintong..hahahaha jangan marah yerrrrrrrr..

Kepada mereka yang kena taggg....buatlah dengan kerelaan..nak buat boleh tak buat pun boleh...
Tagggggg..yang dibuat paling mengancam akan mendapat hadiah misteriiiiiiiiiiiiii...........

Tag- Best ke tak best bersalin.

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it’s all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let’s see how much you remember!

Let's flash back!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED? - Ingat tak nak baby lagi, rancang2 selepas dua tahun baru nak ngandung.Waaa....tapi sebulan jer kosong pastu terus termengandung, habis ler my honeymoon, tak leh nak huu haaa lagi dah.


2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME? ~Yes im married~


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS? ~Dah memang dapat agak pregnant, masa doktor bagitahu tu asyik tanya betul ker tak silap, pastu terpinga-pinga,sepanjang perjalanan balik rumah tu, termenung kosong jer, dok fikir boleh ker aku jadi mak orang nih~


4. HOW OLD WERE YOU? ~22 years old~


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT? ~Tak datang haid, pastu asyik rasa nak pitam jer~



6.WHO DID YOU TELL FIRST? ~my hubby~



7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX? ~Yes of course, and the doctor told me that, it's a girl~


8. DUE DATE? ~6th of october 2001~



9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN? ~26th of september 2001.


10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH? ~3.85kg~



11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS? ~morning sickness. tentunya...muntah, pening, tak boleh bau itu ini.~



12. WHAT DID YOU CRAVE? ~Koay teow kerang~



13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST? ~Bau minyak masak~


14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX? ~Girl~



15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
~Teringin nak anak lelaki~



16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY? ~18kg~




17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER? ~nope~




18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW? ~nope~



19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY? ~Darah tinggi, asyik kena ulang gi klinik untuk ambil bacaan darah.~



20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH? ~Hospital Besar Alor Setar ~



21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR? ~sebab ada darah tinggi, kena sorong masuk ke dalam labour room lebih awal untuk dimonitor, masa tu baru terbuka 3 sentimeter, so lambat lagi la, tensen jer dok dalam tu dengar orang lain menjerit sakit, doktor memang ramai semua muda-muda, untuk lebih memalukan yang ramainya doktor lelaki, uwaaaaa.... mula-mula rileks la tak sakit lagi, pastu bila dia mula datang tu alamak, semua ayat aku baca,doa jangan kata ler macam2 aku doa,dah sakit sangat memang tak tahan aku nak push saja, sekali doktor kata tak boleh lagi, jalan belum bukak habis, waaa.. memang ler ko doktor, tapi aku yang merasa sakitnya,masa nurse tak ada aku sibuk ler push, apasal tak kuar2 nih,
datang nurse yang jaga aku tu, baru ler dia sibuk panggil doktor, memang degil la ini budak 10 kali push pun tak keluar, elok jer nak push lagi dia letak gunting daaa mau potong , terbantut jap aku nak teran tu....hehehhehe... lepas tu sambung balik ler sesi teran-meneran, last sekali depa pakai skop waaa....nak tarik kuar baby. At the last push..rasa perut aku semua terbarai,
zussssssssssssss...semua keluar, tapi azab belum habis beb, pastu sebab luka dalam dia seluk lak
rasa tangan dia masuk sampai rahim, kais darah kuar....aku masa sakit lahirkan baby tak nangis, tapi masa doktor seluk nak bersihkan rahim tu baru nangis sakit la woiiii.... Lepas tu aku pengsan..jaga2 air berbotol-botol depa tunggu nak masukkan, darah tiga pek menanti...
Baby tak nampak di mana, esok dekat wad baru jumpa baby.


22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?~Pemandu teksi, pergi masuk wad awal sebab darah tinggi, mak mertua ku lah yang temankan, laki aku keje~



23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH? ~Doktor ngan nurse~




24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION? ~Natural~




25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN? ~yes.. epidural~



26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER? ~Nurul Jazmina Bt Mohd Zamri~



27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY? ~8 years old~

Heheheheh..meh giliran aku lak nak tag orang.....sapa ek ?
1- Kak myza
2- Lemongrass
3- Sheri
4-kak vymmiyasmin

selamat menjawappppp.......

Khamis, 12 Mac 2009

Entry tak der mood....

Hari ini aku menjadi manusia yang kosong fikirannya. Lemah , kecewa dan terkilan. Mungkin kerana apa yang berlaku kelmarin. Aku tak tau apa yang harus aku rasa. Setelah bertahun berada di sini dan kelmarin dengan apa yang berlaku membuat aku terpukul dan tercalar.
Selama 14 tahun aku bertapak di daerah ini aku anggap seperti tanah kelahiran ku.
Aku selesa disini, aku hidup di daerah ini dengan tenang, aku sayang kan tempat ini.
Namun semuanya hancur kerana dicalari oleh orang2 yang kononnya penduduk asal tempat ini..
Begitu angkuh mereka. Dengan sombong dan takbur mendabik dada, tempat ini kami yang punya,
Orang luar harus berjaga kalau lama mahu berada dan mencari makan disini....
Wah sombongnya...seolah seisi Pulau ini dimiliki mereka...sombongnya
Wahai..orang-orang yang sombong dan takbur dengan apa yang kamu miliki, dengarlah kata ku pula, apa saja yang punya mu itu dari Allah jua datang nya. Apa yang kamu miliki adalah miliknya.

Ahad, 8 Mac 2009

Bersatulah.....

Sultan selangor menyuarakan kebimbangan Baginda terhadap masyarakat kita yang berpecah belah...mengapa? Relevan bukan dengan keadaan semasa di negara kita ini.

Seorang teman dengan lantang berkata biarlah kalau melayu berpecah belah kerana bangsa melayu itu sememangnya sudah berpecah, asalkan Islam tidak berpecah.

Bagaimana kita mahu tegakkan Islam dalam keadaan yang berpecah belah.
Kita berbangsa Melayu dan beragama Islam... Kerana Islam itulah kita bangsa Melayu harus bersatu-padu. Kerana kita beragama Islam lah kita harus kuat.
Bukankah Islam melarang kita dari memutuskan silaturahim di antara satu sama lain.
Bukankah agama yang suci ini menyeru kepada perpaduan?

Perpecahan itu bukanlah satu benda yang membawa kebaikkan, malah amat buruk dan membinasakan.Mengapa kita sebagai orang melayu harus berpecah hanya kerana perbezaan pendapat atau ideologi politik. Mengapa begitu keras dilaungkan agenda perpecahan.

Agama Islam adalah agama penyatuan,agama yang cintakan kedamaian,agama yang adil, agama yang menyatukan semua orang tidak kira apa bangsa sekali pun, tidak jugak memandang warna kulit, cantik atau buruk,kaya atau miskin.Betapa cantiknya Islam itu.

Dalam kesibukkan anda memecah-belahkan orang-orang Melayu yang beragama Islam ini,
Ingatlah....Allah benci pada mereka yang suka mengadu domba, yang suka memecah-belahkan dan mereka yang suka menabur fitnah.
Jika ikhlas mahu melihat Islam itu subur, disini.. maka berhentilah mengharapkan kita berpecah belah, doakan penyatuan kita. Moga kita menjadi insan yang suka kepada kedamaian

Sabtu, 7 Mac 2009

Ikan Masak Stim

Semalam untuk dinner teringin lak nak makan ikan stim....apa lagi ku ajak hubby ke pasar...
hhehehehhe..nasib baik ler petang tu banyak jenis ikan ada.Wah rambang mata namun haruslah mencari ikan yang sesuaiiii untuk di masak ala stim...
Nah ini ikan nyerrrr..aku tak tau pulak nama ikan nih makan tau ler aku..hubby aku kata ni ikan lembu...hehehehhe lembu pun lembu lah...asalkan ikan.
Gatal nak masak ala stim ...periuk kukus pulak tak ader, ader pon yang kocik tak sesuai...
Maka den campakkan semua masuk dalam pan dan tutupkan ia..stim ler jugak tuh...
Ngehngehngeh...menjadi jua ikan stim ku ....vavavavavva...apa lagi time to Ngappppp....
opppssss... Bismillah dulu yerrrrrrr....
nyammmm...nyammm..nyammmm. Meh ler join...


Resepi Ikan stim ala Aku :

4 ekor Ikan sederhana besar ( haruslah yang fresh )
air asam jawa 1 cawan....
kicap pekat 3 sudu besar
sos cili 3 sudu besar
5 biji cili padi ( ditumbuk kasar)
bawang besar 1 biji dipotong
bawang putih 5 biji diketuk
halia sebesar ibu jari diketuk
1 kuntum bunga kantan dipotong serong
2 biji tomato dipotong besar
Daun sup dipotong
Nenas( potong bite size)
carrot dipotong serong

Cara-cara memasak :

Aturkan ikan dalam pan atau kuali( ini bagi sesiapa yang tak ada periuk kukus macam aku)
tuang air asam jawa, kicap pekat, sos cili.
Lepas tu aturkan ler semua bahan2 yang telah dipotong di atas ikan. Masukkan sedikit garam dan gula..dah siap semua..bolehlah diletak kan diatas api...tutup pan/kuali.
Biarkan mendidih...tambah sedikit 1/2 cawan air jika kuah kelihatan kering(bagi yang suka berkuah).
selamat mencuba...

Jumaat, 6 Mac 2009

My Ten Birthday wish........

satu....
Hmmmm...kek chocolate cheese yang tersangat ler sedapnya...kalau boleh yang sampai menjilat pinggan ler punya sedap...kekekekke

Dua....
Flower from my hubby, nak red rosses 100 kuntum...mau bankrap laki aku...

Tiga...
Duit nak gi shopping sesuka hati ku....hmmm macam ler nak shopping sangat last2 bawak balik barang dapur jer...hehehhehe

Empat...
Tajaan pakej perlancongan..semua ditanggung(ada sapa rasa nak bagi?).

Lima....
Sambut birthday kat taman bunga, picnic ngan suami dan anak-anak.

Enam....
Mengharapkan kesihatan yang berpanjangan untuk diri, suami dan anak-anak.

Tujuh....
Buat kenduri doa selamat .....doakan kesejahteraan semua orang, harap keamanan kita akan berkekalan..

Lapan........
Peluang untuk bukak perniagaan sendiri..My own cafe...

Sembilan........
Be a good mother and wife.

Sepuluh...
Peluang untuk menambah ilmu dunia akhirat............

And that is all, my ten birthday wishes..yang ni sebenarnya tag dari Farah mommy otai...
Harap berpuas hati yerrrrrrrrr....

Alia's guest book