Ahad, 8 Mac 2009

Bersatulah.....

Sultan selangor menyuarakan kebimbangan Baginda terhadap masyarakat kita yang berpecah belah...mengapa? Relevan bukan dengan keadaan semasa di negara kita ini.

Seorang teman dengan lantang berkata biarlah kalau melayu berpecah belah kerana bangsa melayu itu sememangnya sudah berpecah, asalkan Islam tidak berpecah.

Bagaimana kita mahu tegakkan Islam dalam keadaan yang berpecah belah.
Kita berbangsa Melayu dan beragama Islam... Kerana Islam itulah kita bangsa Melayu harus bersatu-padu. Kerana kita beragama Islam lah kita harus kuat.
Bukankah Islam melarang kita dari memutuskan silaturahim di antara satu sama lain.
Bukankah agama yang suci ini menyeru kepada perpaduan?

Perpecahan itu bukanlah satu benda yang membawa kebaikkan, malah amat buruk dan membinasakan.Mengapa kita sebagai orang melayu harus berpecah hanya kerana perbezaan pendapat atau ideologi politik. Mengapa begitu keras dilaungkan agenda perpecahan.

Agama Islam adalah agama penyatuan,agama yang cintakan kedamaian,agama yang adil, agama yang menyatukan semua orang tidak kira apa bangsa sekali pun, tidak jugak memandang warna kulit, cantik atau buruk,kaya atau miskin.Betapa cantiknya Islam itu.

Dalam kesibukkan anda memecah-belahkan orang-orang Melayu yang beragama Islam ini,
Ingatlah....Allah benci pada mereka yang suka mengadu domba, yang suka memecah-belahkan dan mereka yang suka menabur fitnah.
Jika ikhlas mahu melihat Islam itu subur, disini.. maka berhentilah mengharapkan kita berpecah belah, doakan penyatuan kita. Moga kita menjadi insan yang suka kepada kedamaian

3 ulasan:

singamaraja berkata...

Salam Kak

Terima kasih atas berkunjung akak kat blog saya dan berbincang untuk mencari titik penyesuian, namun apa yang saya dapat akak dah maklum, soalnya sekarang bolehkah kita bersatu jika sikap yang di tunjukkan sedemikian rupa ? ini belum lagi bersatu, jika bersatu nanti entah lebih dahsyat dari suasana itu

So saksikanlah sikap orang yang nak bersatu itu, bolehkah bersatu dengan orang yang menyeru sedemikian rupa ? Bagi saya saya pulangkan semua bahasa kasutlama itu kepada Allah !

aliadijamina berkata...

Wahai saudaraku singamaraja,
semarah mana pun kita kata-kata harus kita jaga.Untuk memberi pemahaman marilah kita gunakan kata2 yang berhemah dan beradap.
Nasihat atau pandangan yang diberi dengan kata2 yang penuh sopan itu lebih senang diterima daripada kata2 yang kasar dan menyakitkan.
Saya hargai dan hormati pandangan kamu.Apa saja kebaikkan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah..maka biar saja Allah yang menghakiminya.
Semua perkara dapat diselesaikan jika kita bertenang dan bermesyuarah dengan baik.
Tak rugi bukan jika semuanya kita lakukan dengan cara yang penuh berhemah...
terkadang perbezaan yang wujud harus kita ketepikan sebentar,
hulurlah salam dan doa lihat persamaan yang ada diantara kita,
kerana kita itu sama...hanyalah manusia biasa...hambaNya.

Rashid berkata...

Sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang.. moga semuanya akan kembali baik suatu masa nanti..

Alia's guest book