It's all about my Life, my Interest, my Dreams... Penuhi impian, Capai mimpi-mimpi, Berdiri dan berlari... capai pelangi...
Isnin, 27 Julai 2009
Thunderstorm.....
27.7.2009
Sedang asyik berblog walking tetiba hujan turun mencurah-curah.Kalau hujan saja tak apa..ini dengan kilat, guruh, petir semua ada....kelam kabutlah aku tutup pc, anak-anak dah menjerit takut, bamm sana bommm sini.
Mak dia pun takut gak ler, tapi udah nasib hubby kerja malam, maka mak nya pun terpaksalah wat-wat berani ...padahal dah lemah lutut aku dengar petir, kilat semua.
Ohh sungguh dahsyat dengan pancaran kilat...dengan bunyi guruh dan petir...
Maka berlari - larilah anak-anak sibuk peluk maknya. Abih maknya nak peluk sapa lak nih...huwaaaaa.
Tengah ketakutan dek lontaran dan dentuman kilat yang sabung - menyabung tetiba black-out lah pulak...
HUwaaaaa....anak-anak dah nangis, maknya nak nangis sama boleh tak? Hehehehe...kalau maknya nangis sama lagi kuat lah anak nangis. Dah satu hal pulak tercari-cari torchlight.
Dah dapat torchlight sibuk pulak cari pemetik api dengan lilin.
Anak-anak...sorang pegang kaki, sorang peluk pinggang.
Aduh macam nak pecah dada dengan dentuman petir.
Dah macam bunyi bom pulak meletup sana sini.
Agaknya ni lah perasaan Ibu kat palestin tengah-tengah
malam dibedil dek bom Israel.
Saat-saat begini sambil memeluk anak, hati tak putus berdoa pada Tuhan minta dilindungi,
minta dikasihani, minta dijauhkan dari segala bala bencana.
Aduh baru terasa betapa lemahnya kita.
Ahad, 26 Julai 2009
Sudi-sudikan....
Khamis, 23 Julai 2009
Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.
Karya : Usman Awang
Jumaat, 17 Julai 2009
Bercanda di Pasiran Pantai.....
Maka tercapailah hasrat nak bercanda di pasiran petang tadi. Sampai aja di pantai anak-anak sibuk terkam pasir. Sekali-sekala ke pantai itulah kegemaran kedua anak dara itu. Ombak agak besar petang tadi, risau juga nak lepaskan mereka bermain air. Tapi alang-alang dah disana mesti lah nak main ombak kan. So, mak dia lah jadi peneman bermain digigi air. Di gigi air aja ya anak-anak. Janganlah lebih-lebih...omak kamu ni bukannya tau berenang....
Babanya sibuk mencari remis konon....hahahaha, dapatlah jugak, tapi taklah banyak.
Best jugak lepak tepi pantai petang-petang, kat Pantai Chenang tu memang banyak aktiviti. kalau rasa nak naik banana boat ke, naik paracut yang ditarik ngan bot tu ke, jet ski ke, semua ada.
Dah penat melayan anak main air , maka jomlah kita balik.... itu pun ada adegan tarik-tarik tangan. Bebudak ni mula-mula cam takut-takut, tapi bila dah syok berendam tu payahlah pulak nak diajak balik. Kenalah pulak janji datang lain kali...yerlah..besok-besok pulak ler wahai anak-anak ku....
Misi Hari ini....
Salam semua....
Apa khabar pagi ni?Hari ni kedah cuti hujung minggu, kebetulan hubby pun off day. So mau kemana? Ada rancangan nak pergi melepak tepi pantai petang nanti.Dari semalam dah siap dia pesan suruh bakar muffin lah, masak yang tu yang ni, hmmmmm....
Anak-anak pulak bila diberitahu babanya hari ni mahu ke pantai, Wah....melompat suka.
So kejap lagi , nak kena bakar muffin dan ingat nak buat sandwich sikit.
Lama jugak tak pergi melepak tepi pantai nih, nama saja tinggal di Langkawi, hehehehehe. Yang untungnya bila-bila masa rasa nak pegi, kejap jer dah sampai.Tak payah nak tempah tiket kapal terbang atau memandu jauh-jauh.Maka ke pantai lah Kami petang nanti.
p/s: malam nanti akan diudate misi ke pantai itu...tungguuuuuuuuuu.....
Rabu, 15 Julai 2009
Bunyi pelik diatas siling ku.....
Bila yang togel dah Gebussss
Comel tak kawan-kawan....heheheheh...hari tu memang nampak cam anak tikus sejibik, sekarang...treng teng teng, semua dah berbulu...gebu gebu. Nenek suka. Cam magic lah pulak kan. Tetiba jadi cumil dan menawan...vavavavava, nenek vangaaaaaa. Cucu-cucu ku comel-comel belaka. Semua sihat-sihat dan montok-montok.Bagussss itu yang nenek mau.
Belum buka mata sepenuhnya lagi, baru sikit-sikit. Tapi gaya jalan tersangatlah comel ngan terketar-ketar, dengan nak belajar melompat....hahahahah lawak-lawak, badut kecil ku.
okey okey enough posing, dah sejuk gigil-gigil dah depa, selimut balik yerrrr.
Isnin, 13 Julai 2009
Bertamu di kalbu
tika rembulan menyinari
lalu ku madahkan kata cinta nan suci
dan akan ku hembuskanya
tika malam shahdu
kerana dalamnya
kasih sedalam lautan
setinggi mentari tak mampu digapai
oleh khayalan insani
cuma di naluri
katakan bara melecur diri
bisa memercik jalan nan luka
dengan selasih balut pedih ngeri
tiada berpaling setia,
apalah sejarah jadi saksi
bulan bintang menghangat kasih suci
kita pun terpaut dan bersatu
dalam membayang mimpi berseri.
ku layarkan asmara
di pelabuhan setia
akan ku rentang kan sang pelangi suci
yang pastinya anggun di hati bertamu di kalbu
Ahad, 12 Julai 2009
Easy chocolaty Muffin
Inilah aktiviti aku masa mengidam coklat... Heheheh... also requested from the girls. Dapatlah dalam 27 ketul saiz besar. Puas makan sebab gula memang dikurangkan. So rasa coklat nya lebih dari rasa manis gula, better for my blood glucose.
Laku aja muffin nih ..tak sempat nak simpan sampai esok. hari tu jugak habis. Dihabiskan dek anak-anak and Mr hubby....
3/4 cup butter or margerine
3 cup flour
3/4 cup sugar
3 tbsp cocoa emulco
2 tbsp powdered milk
1 tbsp baking powder(sieved together with flour)
2 m sized eggs
1/2 cup vege or cooking oil
1/4 cup water.
beat sugar and butter or magerine until smooth add in oil. Then add in egg one by one. Beat well until its foam and smooth. Add in chocolate emulco and water and beat well. Pour the wet ingredient into the dry ones and stir just untill they are mixed together. Do not over mix, the mixture should still be lumpy.
Spoon the mixture into the muffin tin or paper cases and bake for 20 minutes until well risen and springy to the touch. Remove the tin and cool on a cooling rack.
Rabu, 8 Julai 2009
First and second days.
Hari tu dua ekor aja anak rabbit yang lahir, tapi kelmarin dah tambah lagi dua ekor. Seronok tengok baby-baby comel nih. Kesemua baby ini terpaksa diasingkan dari ibu-ibunya, bukan apa takut terpijak dan digigit arnab yang lain. Ibunya cuma dibawa masuk untuk sesi penyusuan.
2 kali sehari.
Hari pertama ibu-ibu arnab ni masih tak biasa dengan kehadiran anaknya jadi sesi penyusuan agak kelam kabut. Maknya asyik nak melompat sana sini. Tuan nya pun panik sekali takut dipijaknya pulak. Jadi disebabkan tak nak baby-baby ni kelaparan, maka malam tu jugak pegi cari susu formula untuk bayi baru lahir...hehehehhe.
Disebabkan dulu dah ada pengalaman bela baby arnab nih , maka proses pemberian susu formula menggunakan syringe berjalan lancar.Legaaaa....senang hati neneknya.
Dan pagi ni, Alhamdulillah ibu-ibu arnab ni dah mahu susukan anak-anaknya. Tapi masih dibawah pengawasan ketat Puan Besar...hihihi...
Kalau dipijaknya baby-baby tu memang nak kena sekeh. Sementara baby ni semua nak kuat memang harus diawasi dengan rapi. Tu pun ada gak yang kena pijak, dan maknya kena luku.
Sapa suruh pijak kan.....tak ada lah luku kuat-kuat kan, luku manja-manja gitu.
Isnin, 6 Julai 2009
Presenting....my new family Member....
Jeng....jeng...jenggg...meh tengok ahli keluarga aku yang baru. Baru keluar petang tadi.
makcik dah bercucu...hehehehhe.
Ibunya si Arnab putih tu yer...
yang dok menjeles tepi bakul tu Honey blueberry. Asyik bertunggu tangga tepi bakul sibuk dia pun nak menengok sama.
Yang si kecik dua ekor tu lah my latest family member. Bukan anak tikus yerrr...tuan2 dan puan2 itu anak Rabbit. Dua-dua tengah lena tido.
Minggu menjahit.
Minggu ni aku dah kena virus gila menjahit. Asyik-asyik nak menjahit.Pantang free sikit capai kain jahit dan jahit lagi... Itu pasal ler blog jarang ber update.
Sila abaikan latar belakang yang berselerak tu yer....
Itu kerja anak-anak, bukan kerja maknya.
Maknya busy ngan kain diaorang busy menyepah.
Jadi apa hasilnya ya.... sarung bantal, sarung kusyen, alas meja, lapik gelas.....jadi lepas nih sapa2 nak rasa nak upah jahit sarung kusyen baru sempena hari raya, bolehlah calling2 yer (chewah pose pun belum).
Jumaat, 3 Julai 2009
Kad dan Award dari "Akulah Bapak"
Award ini Akulah Bapak yang berikan. Terima kasih....dalam busy-busy jaga baby kecik pun sempat lagi kasik award...hehehehhe..
Kad ni dah lama aku dapat. Tapi tak gantung-gantung jugak. Sorry yerrr....dok asyik bertangguh lupa plak. Jadi sempena dapat award dari Akulah bapak pemberi kad yang sama hari tu, maka entry nya disekalikan.
Terima kasih bebanyak.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rabu, 1 Julai 2009
Award yang cute miut....
First sekali terima kasih Reen for the cutest award....tersangatlah sukanya.
1.Pastikan jantina anda seorang perempuan
Mestilah perempuan, sah-sah perempuan pun hehehehe.
2.Copy badge sebagai award anda.
Sudah siap Puan Sri....tengok-tengok cantik tak?
3.Nyatakan dua sebab kenapa anda bangga menjadi seorang perempuan.
Satu : sebab semua benda yang cantik-cantik perempuan punya.
Dua : sebab selesa jadi perempuan, sudah ditakdirkan jadi perempuan, Mekasih Tuhan.
Passkan award ini kepada girlfriend anda.
Kepada semua bloggers wanita....this award is for............. all of you..............
PROUD TO BE A WOMAN.
Apa khabar?????????
Lama jugak tak ada entry baru dalam Rahsia Hati nih , dah bersawang sana sini. Hmmmmm.....
Akan diupdate kemudian. Perlu sedikit masa untuk kembali ke rutin biasa.