Isnin, 27 Julai 2009

Thunderstorm.....


27.7.2009

Sedang asyik berblog walking tetiba hujan turun mencurah-curah.Kalau hujan saja tak apa..ini dengan kilat, guruh, petir semua ada....kelam kabutlah aku tutup pc, anak-anak dah menjerit takut, bamm sana bommm sini.
Mak dia pun takut gak ler, tapi udah nasib hubby kerja malam, maka mak nya pun terpaksalah wat-wat berani ...padahal dah lemah lutut aku dengar petir, kilat semua.
Ohh sungguh dahsyat dengan pancaran kilat...dengan bunyi guruh dan petir...
Maka berlari - larilah anak-anak sibuk peluk maknya. Abih maknya nak peluk sapa lak nih...huwaaaaa.

Tengah ketakutan dek lontaran dan dentuman kilat yang sabung - menyabung tetiba black-out lah pulak...
HUwaaaaa....anak-anak dah nangis, maknya nak nangis sama boleh tak? Hehehehe...kalau maknya nangis sama lagi kuat lah anak nangis. Dah satu hal pulak tercari-cari torchlight.
Dah dapat torchlight sibuk pulak cari pemetik api dengan lilin.
Anak-anak...sorang pegang kaki, sorang peluk pinggang.
Aduh macam nak pecah dada dengan dentuman petir.
Dah macam bunyi bom pulak meletup sana sini.
Agaknya ni lah perasaan Ibu kat palestin tengah-tengah
malam dibedil dek bom Israel.
Saat-saat begini sambil memeluk anak, hati tak putus berdoa pada Tuhan minta dilindungi,
minta dikasihani, minta dijauhkan dari segala bala bencana.
Aduh baru terasa betapa lemahnya kita.

Tiada ulasan:

Alia's guest book