Isnin, 15 November 2010

Oh..., tidakkk !!!

Aku diserang selsema bermula kelmarin, diserang oleh selsema dalam masa yang suntuk ini amatlah tidak bersesuaian. aku nak kena kemas rumah, mop lantai, cuci segala mak nenek. Dengan kepala yang berat dan hidung yang sarat hingus, terpaksa juga berkuntau sorang-sorang.

Selalu nya aku tak macam ni ok, bukanlah seorang yang gigih nak buat semua dalam masa yang singkat, why Im so kelam kabut.Sebab aku kena jadi tuan rumah untuk Hari Raya 3 days 2 night with my mertua family. imagine mana aku nak sumbat ramai-ramai.
So aku kena jadi lipas kudung kemas sana sini, Kena lapangkan rumah yang sarat dengan barang-barang yang aku pun tak tahu why it's still there for the first place.
Am I a hOaRdEr ? Tak tahulah, Hoardering dust kot? Huwaaaaaa....
Selsema dan debu , tak boleh berdekatan. Ia akan mencetuskan tenaga bErSiN.

WiSh Me LuCk.., HaaCCCuuummmmmmmm..., sprreeetTTTT...!

Jumaat, 12 November 2010

Celoteh khadija.

Khadija : Mama , baby nak main game ni.

Mama : Sat.., sat.., mama nak guna komputer ni.

Khadija : Cepatlah, orang nak main game.

Mama : Tunggulah sat. Ha cepat nak main game apa?

Khadija : Game tu lah, www.star apa tu dot com dok mai dok pi.

Mama : Haaaa...., muhahahahaha !!!!

Khamis, 11 November 2010

Tiba-tiba...

Tiba-tiba rasa tak ada selera,
Tiba-tiba rasa jemu,
Tiba-tiba rasa nasik yang selalu dibeli untuk breakfast dah tak sedap lagi,
Tiba-tiba makan dua biji karipap , dah rasa kenyang. Padahal dulu siap nasik,kuih -muih semua aku sumbat sekali harung.
Tiba-tiba, sesi membeli breakfast di waktu pagi tidak seghairah dulu.

KENAPA????

sEMUANYA TIBA-TIBA...,

tIBA-tIBA, aKU TAK tAU nAK LeTAK LaBEL aPA ENTRY nI, sAJAK KER, aTAU LuAhAn pERASAAN.

Isnin, 8 November 2010

10th aniversarry yang biasa-biasa.


Hari ini adalah ulangtahun yang ke 10 perkahwinan ku. Anything special happening today, I have no idea. Why??!! He is working. Am I disappointed ? Sedikit. Why ?!! Dah janji nak keluar hari ni.



Im not hoping for a cake, but I am hoping for a cheese cake,"Mango Cheese Cake" to be precise.Buy me a Mango Cheese Cake, and you can go anywhere you want, hahahaha. Mango cheese Cake is more important to me than him, taklah macam tu. Tapi dah dia kena kerja kan , so you better buy me that sexy Mango cheese cake when you get home.

Ahad, 7 November 2010

Morning Miaww...!


Pagi-pagi dah ada makhluk yang mengiauuu di telinga. Pandai kejutkan tuan ya. last-last tuan dia tangkap peluk dan ajak berposing. Si silver ni memang suka kalau diajak berbaring, apalagi kalau dok gosok dan garukan perut dia.Come to mama silly cat.kekadang aku bahasakan dia anak bujang sekor.kihkihkih.

Rabu, 3 November 2010

BEWARE !!! Letusan industri kulit? Tapi kulit APA ???!!!!

Pernahkah terlintas di minda, barangan yang cantik, selesa dan memikat itu....



Selesakan berbaring disini?


Dompet yang kita banggakan.



Sarungkan tangan yang selalu dipakai.


Tali pinggang seharian.


Suede idaman


Beg tangan yang dikepit hari-hari.


Skirt yang cantik ini.

Sebenarnya hasil letusan industri kulit, tapi kulit apa? Semua yang di atas adalah hasil googleling di atas nama Pig leather.
Tahukah anda? Kulit tersebut boleh diprintkan dengan pelbagai corak kulit binatang lain. lihat saja beg tangan diatas, corak apa? Hari ini pelbagai barangan boleh dihasilkan dari kulit tersebut.Nak beli perabot, dompet, beg tangan. tali pinggang,malah barangan kanak-kanak juga harus hati-hati? Mungkinkah ada barangan yang kita bawa ke sana-sini hari-hari juga dari kulit itu? Oh...tidakkkk !!!!

Khamis, 28 Oktober 2010

Masak sendiri.

Dua tiga hari ni aku masak sendiri, boleh dikatakan lebih banyak masak dari beli. Roh memasak sudah mari.Makin galak nak mendiet makin galak pulak aku memasak. Tapi ok jugak, hubby suka, anak-anak pun makan bertambah-tambah. kucing-kucing aku pun suka, tak adalah depa asyik makin friskies dan whiskas saja. Aku rasa lebih sihat kalau masak sendiri kan, macam malam ni sup sayur campur letak isi ayam, ayam goreng, dan sambal belacan blend dengan tomato. Itu sudah cukup, simple tapi aku suka. Boleh ratah-ratah sayur, hirup-hirup sup panas-panas. Nak kata makan terlalu banyak pun tak jugak, tapi aku puas. Yang penting garam kurang, and no ajinomoto. memang aku tak beli pun.

Isnin, 25 Oktober 2010

Rasa berat macam guni padi.



Im eating to much lately. Sarapan dengan nasi lemak, tengahari sumbat kuih-muih, petang roti, dan malam kadang-kadang nasi goreng, kadang bihun atau mee. Carta pemakanan yang dah tunggang terbalik, orang lain hentam roti pagi-pagi, nasi tengahari. Aku pulak dah celik mata cari nasi.Bukan salah orang lain kalau tiba-tiba terasa diri seberat seguni padi. bulan puasa turun 3kg, lepas raya naik berguni-guni.
Oh really need a good diet plan. Esok nak try sarapan 2 gelas air masak sahaja, chewahhh..., semangat nih. Jangan end up dengan penambahan dua pinggan nasik lemak di samping dua gelas air itu cukup. Nak aja masuk the biggest loser.....

Photo from clipartguide.com

Jumaat, 15 Oktober 2010

Serupa tapi tak sama.


Keira Knightley


Wynona Ryder

They look really alike, kan? Rindu nak tengok Wynona berlakon.

Yang mana satu ?



Rambut dah panjang . Bila dah panjang ni mulalah dia nak luruh, bagai dedaunan di musim luruh lah pulak. Kata orang kalau nak elakkan masalah rambut luruh ni lebih baik potong pendek. Rambut aku pulak jenis halussss sesangat.Jadi rambut nipis yerr.

Maka mengoogle lah aku di pagi hari mencari gaya potongan rambut yang sesuai. Berpandukan foto diatas, rasanya gambar yang no 4 tu lah.Rasa comel dan sesuai dengan raut wajah.Hari ni jumaat, kedai tutup. So, esok akan ku menuju ke salon. Tak sabar pulak nak potong rambut, need to feel fresh and brand new.

Don't.

Dont take for granted.

"She's always there, she's not going anywhere." You've might said.

but no one know if one day . She might say....,

"Im not going to be here forever."

Ahad, 10 Oktober 2010

Come fly with me.









Beberapa hari yang lalu, hubby dapat peluang merasai pemgalaman naik Helikopter mengelilingi bandar kuah dan pulau-pulau sekitarnya.Sebenarnya sekarang ni ada pakej naik heli untuk para pelancong yang berminat untuk merasa dan melihat sendiri pemandangan pulau langkawi dari langit biru.Kalau dilihat dari harga memang agak mahal, tapi apa salahnya sekali sekala merasa terbang di awan biru.

IIT’S TIME TO FLY AND EXPERIENCE THE MAJESTIC LANGKAWI VIEW FROM THE SKY. BLUE SEA, GREEN FOREST AND ENCHANTING BEAUTIFUL ISLAND.

3 Person per joyride.

KUAH TOWN SKY TOUR : 12min RM 869 PERJOYRIDE.

DAYANG BUNTING ISLAND : 24min RM 1729.

KILIM RIVER : 24min RM 1729.

CHENANG & TENGAH BEACH : 30min RM 2169.

TELAGA HABOUR : 36min RM 2599.

*CABLE CAR 36min RM2599.

Interested, please call

MOHD ZAMRI 017-4226475
019-4362169

Sabtu, 9 Oktober 2010

Gempar ! Lagi bayi dijumpai !



Subuh yang hening gempar, apabila 4 bayi dijumpai.Hanya dua bayi yang dijumpai itu selamat, manakala dua lagi tidak dapat diselamatkan. Dipercayai bayi itu dilahirkan oleh ibu yang sama. Seekor dari bayi itu hanya sempat hidup selama beberapa jam sebelum digigit kucing, dan yang seekor lagi pula, digigit emaknya sendiri.

______________________________________________________

Rabu, 6 Oktober 2010

Aktiviti masa tensen.

Sangap otak kalau asyik berkurung dalam rumah, anak-anak pun boring.Dah jom keluar pi Garden.Apa lagi meloncat lah bebudak nih,pantas dan laju pakai baju. Cergas-cergas, mak dah serabut pikiaq( fikir) pasal orang. Jom kita keluar, sedut udara segar di petang hari.Maaf lah yer , aku keluar tadi lenggang kangkung bawak beg kecik isi duit untuk beli jajan anak-anak sahaja, so no photo.Maka berlengganglah mak dan anak-anaknya bagai itik keluar reban nak ke kolam. Aku pulak lenggang menuju ke gerai yang ada tepi garden tu hah. Hah pergilah main korang puas-puas , mak kamu ni nak pekena mee rebus semangkuk dua( tensen gamaknya makan sampai dua mangkuk).

Huh ..., lega. Nyaman tekak boleh makan mee rebus. tak mahal rm3.50 semangkuk, korang kalau datang Langkawi singgahlah taman permainan tepi airport ni, kat sini ada gerai kecil yang jual jajan dan makanan yang sedap dan murah. Laksa ada, bihun sup ada, mee rebus pun ada.Memang kena dengan selera, tak rugi tau datang sini makan. Oh sayang pulak tak ada gambar ya, lain kali ler aku letak.

Apa kena ?

Hai masamnya muka, aku tegur pun buat tak tahu ja . Baru balik jenjalan dari jauh pun mood tak baguih jugak ka? Ker aku yang terhegeh-hegeh pi tegur. Abih , takkan aku nak buat tak nampak ja kan. Sekali tegur tak berjawap, dua kali tegur pun buat-buat tak nampak, apa hal ? Aik..., aku ada buat salah ka? Entah..., ikut suka hati dialah. Biarlah dia, nak marampus-rampas, melepas marah, kang dah habis marah , aku pergilah jengok. Selesaikan apa yang patut, tahulah bulan ni lambat sikit bayar, hari tu pun aku dah cakap, ok jer siap senyum-senyum, alih-alih balik hari ni moncong cam tikus mondok.

Susah nak tebak hati orang tau.

Jumaat, 24 September 2010

Entry bosan.

When grass is greener on the other side. Pernah dengar tak kata-kata tu, bila kita rasa what other people have is better and much, much more better. We will intend to have the same.Tapi aku tak lah maksudkan jiran aku ada tv besar gedabak dan aku pun nak jugak, atau langsir yang jiran aku ada yang sarat dengan segala mak nenek manik and all the glittering. No..., no.., bukan itu, it's just everyday you woke up and do every routine, it's just like another yesterday over and over again.

Nampak sangat my life is sooooo...boriing.. need something new to do.Sesuatu yang lain dari kebiasaan, belajar menyelam ker, bukak gift shop ker(sapa nak bagi modal, sila angkat tangan).Belajar memandau kerrr, yang ni aku nak sangat-sangat, tensen jer dok tengok Gen-2 kaler biru tu parking kat garaj, tangan aku dah gatal-gatal, tapi tukang ajar sibuk manjang. Kalau dah tau bawak keta tu panjang sikit langkah aku kan.Wah...tambah-tambah anak2 cuti sekolah kan. Oh, air liur dah meleleh aja, bila teringat kalau gi shopping boleh belek barang lama-lama.Tak ada orang tarik-tarik tangan suh cepat-cepat. Hukhukhukhuk....

Ahad, 19 September 2010

Macam-macam Raya.

Salam semua..., best tak raya korang? Raya tahun ni, ok jugaklah bagi aku. Sempat belajar balut ketupat palas, dan berjaya membalut dengan jayanya..
Lepas ni boleh la aku buat ketupat daun palas kalau teringin. Raya haji boleh try buat sendiri. Aku tengah tunggu gambar raya nih, tak da gambar raya camno nak cerita. Padan muka kan, guna kamera sendiri malas, itulah pasal.
Masih terbayang sedapnya rendang dan ketupat, nak nak pulak hasil tangan kami adik beradik kan. Rendang tahun ni memang best, tak pedas sangat macam selalu.
Anak-anak pula, bila dah berkumpul ramai-ramai tu,macam-macam lah plan depa, nak main mercun lah, main bunga apilah. Sekadar mercun pop baling kat lantai tu aku kasilah depa main, bunga api pun yang biasa punya. Itu pun dengan pemerhatian yang ketat. Kakak sepupu pun boleh diharap tolong tengokkkan. Seronok lak bebudak tu, selama ni mana pernah aku belikan mercun dan bunga api untuk depa. Dah ramai-ramai ni kita kasilah can yer. Aktiviti mak-mak budak pulak, petang sebelum raya tu semua dah siap masak, so malam-malam kita lepak depan rumah sambil layan bebudak ni main mercun, sambil-sambil pulak cerita-ceriti. Macam-macam topik, gossip ada, hiburan ada, politik pun kami belasah. Tu diaa...macam- macam ada, macam Astro la pulak.

Pagi raya , cam biasa. gi ziarah pusara bonda tercinta, pergi rumah mak sedara, lepas tu gi rumah mertua ku.Itu ajalah kan, hari kedua tak jadi BBQ, tapi kami masak-masak gak, special menu of the day is, Dalca Ayam letak pisang tanduk dan kentang. Wah..., sedaplahhh..., pandai akak aku masak kan. Kalau orang lain yang masak sedap aja. dah boring sendiri masak. Ada pulak sambal belacan cecah ulam...huhuhu.., nangis makan.

Raya ketiga, adik aku dah pagi-pagi siap-siap balik, aku pulak mula tak sedap badan, gatal hidung, asyik bersin, aku pun mengelupur gak nak balik rumah. Kalau sakit ni lebih baik dok rumah sendiri, tidaklah menyusahkan orang lain. Petang tu aku angkut anak-anak balik. Sampai dirumah, bermulalah episod demam selsema beserta batuk dan sakit kepala. Sampai hari ni masih bersisa lagi nih, dok berkepit dengan tisu gulung letak celah ketiak. Haccummmmm....!!!! Mana pulak tisu aku nih, okey aku nak sambuang lap hinggus pulak ni hah, korang continue Raya yerrr.., Haccuuuummmmm...!!!

Sabtu, 4 September 2010

Salam Lebaran di Aidilfitri.

Salam Lebaran buat semua, rasanya tak awal sangatkan nak ucap Selamat Hari Raya, mohon maaf andai ada salah dan silap.

Hari ni operasi kemas rumah, cuci baju,dan siap-siapkan barang dan pakaian yang nak dibawa balik. Rasanya bawa beg kecik aja kot, kerana hubby tak balik, jadi tak ada tukang angkat beg.Cuma aku bersama dua budak nakal akan balik ke Aloq Setaq. Tiket pun belum tengok lagi. Rancangnya pagi selasa, kenapa tak pagi isnin, sebab ada appoinment ngan Tuan Doktor. Bekalan ubat dah nak habis. Sebelum klinik pun cuti panjang lebih baik aku gi ambik, tidaklah nanti orang beraya , aku pulak lepak di hospital dek kerana gula yang tinggi dalam darah.

Banyak aktiviti nak buat nih, konon ek.Habis akak aku tunggu adik-adik dia balik baru nak mula projek. projek apakah itu? Projek baking membaking serta projek nak buat ketupat. Akak aku cakap tahun ni dia malas nak buat biskut, habis semua adik beradik ada kencing manis so mungkin satu dua jenis aja , tak macam selalu berjenis-jenis.
"Hari raya kita masak-masak dan malam buat BBQ." itu kata kakak aku.

Tak sabar aku nak balik, nak bukak posa ramai-ramai, prepare ketupat dan rendang serta sessi beramah mesra atau lebih tepat lagi gossip- mengossip.
Sabar ya, selasa tengahari sampailah aku, pastu adik aku mungkin malam tu kot.

"Ko balik awal skit boleh tak, aku takda teman nak menggossip nih!" Hahahaha..., bulan posa weh, kontrol skit.

Pada teman-teman yang tersayang semua, SELAMAT HARI RAYA !!! Don't drink and Drive , oit posa lagilah.

Selasa, 31 Ogos 2010

Ramadan dan Merdeka.

Bangun awal sedikit hari ni, awal dari biasa. Selalu 4 pagi bangunnya, hari ni 3 pagi jam sudah berdendang. Si Silver , kucing kesayangan aku jugak tolong membangunkan tuan yang mamai, terasa lidah kesatnya yang menjilat muka. Ni mesti lapar ni.

Teringat nasi yang belum masak dan ayam yang keras dalam peti ais, keras kejung, jenuh tunggu nak dilembutkan.tak tunggu lama, cepat-cepat bangun.tuju sinki basuh muka.

Capai periuk, basuh beras , letak nasi, dan tunggu ayam kejung lembut dahulu .

On PC, oh baru teringat hari ni Hari Merdeka, perutusan kemerdekaan yang belum tulis, ewah dah macam PM pulak kan nak kena karang perutusan Kemerdekaan .

Semalam ada konsert Merdeka ke? Aku tak tahu, tidur awal, lebih baik tak ada, kalau ada pun bakal menambah bayi terbuang 9 bulan dari sekarang, lebih baik ajak remaja yang excited sambut Merdeka dengan berkinja-kinja di konsert itu ke Tarawikh di Masjid.

Pagi nanti boleh lepak depan TV tengok perbarisan, ada ke?

Sebelum terlupa, MERDEKA !!!!!! MERDEKA!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!!

Opppsssss....., baru 3:59 pagi, terkejut pulak jiran aku dengar. Nanti siang kita sambung lagi..

Khamis, 26 Ogos 2010

Suka atau tidak.

Bukan semua orang suka apa yang kau suka.

Bukan semua orang tak suka apa yang kau tak suka.

Bukan semua orang tak suka apa yang kau suka.

Suka atau tidak, itu lah kenyataan nya.

Terimalah perbezaan itu ada,

Kita lahir dengan perbezaan yang tercatit disana.

Ahad, 15 Ogos 2010

Indahnya Ramadan.

Menjelang ramadan..., sudah terasa, heningnya, sayunya , tenangnya, semua rasa yang membungkus diri. Kenapa begitu? Tentunya kerana Ramadan bulan penuh Rahmat dan keberkatan yang dilimpahkan buat kita. Di bulan ini Allah bukakan pintu syurga seluas-luasnya, dan menutup pintu neraka serapat-rapatnya. Biar pun kadangkala cuaca panas membahang namun hati sentiasa tenang, Syukur.., setenang dinginnya salju. Tak ingin berpisah dengan mu ya Ramadan.

Ahad, 1 Ogos 2010

Who is the plumber?

Haaaaaaaaaaaaa.........., yeayyy...yeayy..., mesin aku dah boleh guna, haha. Who is the lucky plumber? Adakah my mr hubby yang sentiasa sibuk mengalahkan menteri kerja raya atau plumber profesional yang berdedikasi, anda mahu tahu, nak tau ker, kena cakap eh.

Huahuahua..., The most dedicated plumber is "ME". Ya saya memang berbakat , ceh kembang hidung tak sudah.

Pagi-pagi sudah tertinjau kedai hardware mencari hose mesin yang panjang, serta kepala paip khas untuk mesin basuh.Terbang lagi duit dapur makcik. Oh..., tapi tak apalah, dari ada mesin basuh tapi tak leh guna, susah-susah dulu, senang-senang nak basuh kain sekarang. Bangga sekejap di situ, harap tak ada masalah lain yang bakal menyusul. Boleh basuh kain banyak-banyak lepas nih. Yeaaayyyy...jom basuh kain, heh.

Sabtu, 31 Julai 2010

Cerita petang Sabtu.

Aku masak gulai ikan talang masin letak nenas, ikan aku rebus jer, malas nak mengoreng. Lagipun rebus kan sihat, hehe..., habih yang gulai tu, oh itu satu jer yang berminyak dan bersantan. Oh lama tak masak, dija ngan jaz makan bertambah -tambah, nampak sangat jarang masak
Haha...,aku punya mesin basuh belum rasmi lah, heh payah bebeno lah mesin auto ni kan, nak kena kepala paip sendiri, manual pakai paip besa ja.
tunggu plumber pun tak mai, kena cari plumber lain nampak gayanya. Wat perhiasan jerlah mesin basuh baru ni yer..., huh.

Khamis, 29 Julai 2010

Quote of the day.




It's time for you to stop thinking and start acting -- you've got plenty of material to work with. Your own life is a canvas, and you're an artist with a deep well of inspiration to draw from.

image from :www.portrait-paintings-from-phot...k-types/

My daughter is not a punching bag !!!!!!!! -two


Mangsa buli dan belasah.

Pagi ni, 7:40 dah terpacak di sekolah. Jumpa guru kelas Jaz, rupa-rupanya budak yang buat dia tu memang dah ada rekod tak baik. Sudah dihantar jumpa kaunselor tapi tak ada perubahan sampai cikgu pun tak tau nak buat apa lagi, panggil waris pun depa tak mau mai sekolah.. kes sudah dilanjutkan kepada PK HEM. Nama pembuli itu ,memang sudah sangat familiar dan dikenali.
31 minutes ago · Comment · Like

Farah Salwa : uish ape kes nih..
31 minutes ago · Like ·

Norsiah Alia Mat Isa: Ada bakat nak jadi samseng kampung Dusun.
30 minutes ago · Like ·

Nazir Uhk: bagus2..tndakan prtama telah brmula..yg pnting kita x mndiamkan diri begitu saja...moga2 smua nye brjalan lancar...
29 minutes ago · Like ·

Norsiah Alia Mat Isa : Farah, weh kalau setakat nak melawak gurau2 no hal, tapi kalau dah kena tendang, tu yang ada hal tu. anak aku lah kena buli dan belasah di sekolah.
27 minutes ago · Like ·

Farah Salwa : yeke..biar betul ni weiii..hangen je aku tau..
kang kite lebih2 tkut die lagi buat ank kite kan..ssh jgk tu..bdk tk mkn smn..kecik2 dh pukul org..ngong nye ..mak bapak tk ajar la tu
26 minutes ago · Like ·

Norsiah Alia Mat Isa : Sampai bila aku nak biar Farah, takkan aku nak tunggu anak aku patah tangan, patah kaki , patah tulang punggung atau pecah kepala kot. Hoh....memang berangin. Tapi aku pi cakap elok-elok ler ngan cikgu dan PK HEM sekolah tu, tak nak benda macam ni berulang, sian kat anak aku jadi easy target budak-budak jahat kelas dia tu, depa kalau nak buli bukan nya depa nak cari yang sama gagah, depa cari yang lemah lah, dahlah anak aku tu pompuan. Memang nak kena sunat sekali lagi lah budak tu. Mak bapak dia pun tak ambik tau.
22 minutes ago · Like ·

Farah Salwa : msti tensen je ko kan..pstu ape kate ckgu..dpt dibndung ke tak ni..
tk pgil ke mak pak diorg tuh..aishh
15 minutes ago · Like ·

Norsiah Alia Mat Isa : PK HEM tu kata dia akan ambik tindakkan la. Panggil mak bapak dia sekali lagi, sebab dah dua tiga kali panggil depa tak mai. Jangan terjadi apa-apa lagi lah lepas nih, kalau patah tangan ker pecah kepala anak aku memang aku gi wat report terus.
12 minutes ago · Like ·

Farah Salwa : ha ah..trus la jupemak pak diorg kat rmh je..lagi mau tgu ..ape da ckgu tu..ngok sguh..geram je aku pepagi buta nih..
12 minutes ago · Like ·

Norsiah Alia Mat Isa : Lepas nih aku wat report polis jer terus, suruh Pak Polisi jer yang jumpa depa kat rumah kan.., aku pun geram nih, sampai mendidih - didih.
9 minutes ago · Like ·

Farah Salwa : ha ahh..aku pon didih sampai dh kua dr periuk gak ni..
tkle la aku bab2 ank ni lia..
kalo dkt aku dh join ko wehh g sekeh bdk gile tu
9 minutes ago · Like ·

Norsiah Alia Mat Isa : ko tau tak budak tu dah lah badan besar dan gemuk, gi tendang anak aku yang sekeping sampai terduduk, siap tarik tudung ngan rambut....., ewahhhh..., dia ingat gelanggang wrestling ker sekolah tu.
Mau nya aku sekeh patploh hari patloh malam.
5 minutes ago · Like ·

Kalau orang lain yang mendengar dan membaca pun leh geram sesangat tambah-tambah pula aku sebagai mak dia sendiri.

Rabu, 28 Julai 2010

My daughter is not a punching bag !!!!!!!!!!!!!!

alia misa to hasri
show details 2:54 PM (1 hour ago)
Assalammualaikum Cikgu,

I am mother to Nurul Jazmina binti Mohd Zamri , from 3 seroja. My daughter told me that she was being kicked and by one of her classmate name Adam Ghazali. He also pulled her scarf and hair.

Perkara ini berlaku ketika waktu terakhir persekolahan hari ini. Tiada cikgu yang berada di kelas ketika kejadian itu. Kerap sekali saya menerima aduan dari anak saya berkenaan dirinya yang selalu menjadi mangsa buli dan sepak terajang pelajar sekelasnya.

Saya sedar anak saya bukanlah seorang pelajar yang pandai, tetapi itu bukan tiket untuk orang lain menjadikan beliau sebagai punching bag.

Sila beri perhatian pada segolongan pelajar lelaki yang selalu berkelakuan kasar dan ganas di dalam kelas Cikgu.

Isnin, 26 Julai 2010

Bebelan di pagi hari.

Pagi-pagi sudah bangun,sesudah semalaman macam tidur tak tidur saja aku.Uruskan Kakak yang bersekolah pagi.Tengokkan bajunya, bukunya, begnya, sampai penselnya pun kena ingatkan. Oh rutin hari-hari. Manja sungguh budak-budak sekarang.Agak-agak..., bila boleh urus sendiri ya , kakak? Penatkah menjadi ibu? Penat, lelah, kadang-kadang sesak jiwa raga.Tapi itulah ibu. Sambil mulut aku bising meleteri anak sendiri, teringat-ingat pula dulu aku yang dileteri.Pot pet pot pet, Mahu menjadi ibu mesti pandai berleter. Kalau tak bising, kerja tak jadi, kalau tak diketuk tak bergerak.Cuba lah kalau Maknya tak bising-bising, apa jadi? Pernah cuba tak? Aku pernah, sehari buat tak tahu, tak bising , tak berleter. Wah ! Seronok depa, tak ada orang bising, tak ada yang kena tarik telinga.Ruang tamu, kusyen tunggang langgang, buku berselerak, mainan letak ikut suka.Keluar bermain sampai lebam, tengok kartun sampai sangap otak. Wah.., wah..,wah.., naik lemak budak-budak ni. Last-last kena tempik jugak, baru nak bertempiaran, baru nak kemas itu ini, baru tau nak masuk rumah dan mandi. Oh..., baru lah kita tahu sesak hati mak-mak kita dulu tengok perangai anaknya. Susahnya hati kalau tengok anak yang tak berapa menjadi.Adat dunia,dulu mak aku yang urut dada tengok perangai anak-anak dia, sekarang giliran aku pulak, sesak-sesak nafas. Oh..., karma.

Sabtu, 24 Julai 2010

Hari menukar Template.

Dah lama teringin nak tukar template blog aku ni ha. Asyik bertangguh saja. Hari ni semangat nak menukar itu membuak-buak.Lagipun senang jer kan , main klik ja, nak warna apa, berapa lane,style camana semua ada.maka dengan semangatnya aku memilih. Wah yang hitam ada, yang pink pun cantik, sampai rambang biji mata aku. Aduhh...pening juga nak memilih nih. Kalau tukar hari-hari boleh tak? Hari ni biru , esok pink , lusa plak letak putih suci. Memang dah dasar rambang biji mata.., huahuahua. Last-last aku pilih jer lah yang ni . Ok tak? Oklah yek. Dah naik kematu punggung duduk memilih kain langsir baru blog haku nih.

Ahad, 11 Julai 2010

?????

Nak tulis apa ya? Fikir tajuk pun lama, oh otak rasa macam membeku aja. Adakah itu virus Malas yang sudah menyerang atau....? Dua tiga hari lepas dah ambil ubat, so Im feeling better. Dua minggu tanpa ubat, urgghh.., badan letih , otak sangap, sakit kepala. Rasa macam dah jadi zombie aja. Aku lebih suka tidur dek segala situasi itu.
Sekarang masih ada rasa sakit kepala tapi sedikit kurang not 24/7 anymore cuma lite-lite terasa sakitnya. When you're getting older, you're getting older.Makan ubat macam makan nasi.Itu baru dalam usia 30 something, kalau lagi 10 tahun ,aku tak tahu macamana. Wujud lagi ke aku masa tu.Oh, moga dipanjangkan umur, nak jugak tengok anak-anak membesar dengan jayanya.Selalunya rutin aku pagi -pagi selalu baca online paper, tapi sekarang dah malas,cuma baca tajuk sudah mencukupi rasa ku.Kepala yang sakit untuk apa dibebankan lagi.

Selasa, 29 Jun 2010

Kisah si Khadija.

Dua tiga menjak ni, kalau nak ke kedai si khadija akan merenggek.Ada sesuatu yang dia nak sangat-sangat.

Khadija : Mama, baby nak ikan.

Mama : Yalah nanti kita pi pasar beli ikan.

Khadija : Tak mau , bukan kat pasar. Kat kedai lah mama.

Mama : Yalah ikan beli kat pasar lah banyak nak ikan apa semua ada, ikan kecik ,ikan besar, semua ada. Balik nanti mama goreng lah boleh makan.

Khadija dah cebik-cebik.

Khadija : Janganlah makan ikan baby, baby nak sayang ikan tu.

Mama : Hah ! Nak sayang, hish.., busuk la nak sayang-sayang ikan.

Khadija : Mana ada busuk wangi.

Mama : Orang nak goreng nak makan, dia nak sayang-sayang pulak.

Khadija : Mama ni, jangan makan ikan baby, ikan tu Pet baby.

Muhahahaha...., nak ikan lam aquarium rupanya.

Selasa, 15 Jun 2010

Cerita seorang putera 2

Putera Naga.
Mengapa, mengapa cinta tidak di izin ku sentuh.
Dewa.
Kerana tidak tertulis takdir kita berteman cinta.
Putera Naga,
Sungguh aku tak mengerti.
Dewa,
Jika kau menyentuh cinta,
Yang tinggal Cuma cinta itu.
Berumah tinggal seekor Naga.
Putera,
Mengapa? Terlalu kejam?
Dewa,
Itu sumpahan nenda mu,
Untuk keturunan ku.
Putera,
Mengapa? Mengapa disumpah keturunan sendiri.
Dewa,
Kerana cinta, kerana cinta yang aku sentuh.
Kerana cinta , aku tidak mahu lagi menjadi dewa.
Aku ingin menjadi manusia biasa.
Kerana Bonda mu, anak ku.
Jangan ulangi kesalahan itu.
Putera,
Bonda tak pernah disebut, kemana bonda?
Dewa, tunduk mata bergenang air.
Kerana mahu menyelamatkan aku,
Tajam pedang yang terhunus mengena dirinya.
Jangan diulangi kesakitan dulu, anak ku.

Puteri,
Mengapa menjauh putera ku?
Putera Naga,
Jauhi aku, aku tak ingin melukakan walau seguris kulitmu.

Puteri,
Mengapa berdegil?
Jika nyawa ku penawar mu ambil saja.
Putera Naga,
Tidak, biar bertubuh naga.
Cinta tak mungkin ku biar mati.
Aku tak perlu nyawamu wahai puteri ku,
Penawar nya, aku hanya perlu lupakan cinta,
Lupakan kau, lupakan semuanya.
Buang semua rasa yang pernah ada.
Tapi aku tak mahu, jadi mahkluk bertubuh indah berjiwa kosong.
Biarlah bertubuh naga, asal semuanya dapat kusimpan.
Puteri,
Aku mahu kau sembuh.
Putera,
Aku sudah lama sembuh, sejak ada kau.
Puteri,
Kau mahu kekal begini?
Putera,
Biarlah.

Puteri memandang awan,Putera hilang dibawa sepasang sayap.

Kau,
Beri aku rindu,
Kau berlalu ,
Hilang disebalik awan dan mentari,
Terbang pergi tanpa membawa ,
Aku.

Khamis, 20 Mei 2010

Award dari Kak Yanti



Award dari Kak Yanti. Dah lama tak dapat award nih. Terima kasih pada Kak yanti, sudi bagi award yang comeyyy macam tuan dia gak.

Jumaat, 7 Mei 2010

Hidung sapa besar.



Pertandingan hidung besar seantero Langkawi. Barisan peserta yang berdebar-debar. Pilihlah aku.., bukan choose me..., bukan ko tapi aku... Asyik bertekak aja.
Dan pemenang nya...Treng teng teng....
Peserta yang di bawah nih....



Aku? Sapa kata hidung aku besar, bukan besarlah mancung aja...

Rabu, 28 April 2010

Tapak My Dream Garden.








Inilah tapak Garden yang di idamkan itu. Sudah dibersihkan sedikit, tinggal nak pangkas ranting pokok-pokok yang tidak berkenaan dan nak buang tumbuhan yang menjalar di pagar. Daripada biarkan pagar dijalari tumbuhan yang tak boleh dimakan adalah lebih baik tanam pokok kekacang atau timun yang menjalar. Teduh aja kawasan ni kan.Itu disebabkan kehadiran pokok limau kasturi dan mangga epal.Juga ada pokok mambu, kalau demam campak,tak payah cari daun mambu ni jauh-jauh, tepi rumah aja.
Tengoklah si Silver tu mengekor aja kemana tuan dia pergi, aku ke luar dia pun nak keluar jugak.

MY DREAM GARDEN.


Setelah berbulan dilanda musim panas. Hujan sudah mula mencurah di Langkawi. Pokok yang kering sudah mula subur. Daun yang dulu coklat sudah mula menghijau semula. Dalam kotak fikiran mula mengangankan sebuah taman impian. Teringin pula nak penuhkan tanah yang sekangkang kera itu dengan bunga-bungaan dan tanaman sayuran. Seronok kalau bercucuk tanam dan melihat hasil usaha yang mula mekar. Oh foto-foto di atas bukan lah dari my garden tu, tapi dari Encik google yang baik hati. Sekadar memimjam foto itu untuk menguatkan lagi keinginan untuk bercucuk tanam. Suka tengok roses yang segar berbunga oh my dream garden..., hope it do come true.



Sabtu, 24 April 2010

Apa dah jadi Peahhhhh....!!!

Opppsss...., ada tak yang bernama Peah yang terkejut dengar aku jerit tajuk kat atas...., maaf Cik Puan , Makcik, Mak Ngah atau Datin yang bernama Peah....hahaha, sesungguh nya aku tengah melalut.

Okay balik kepada kenapa aku melalut ker tajuk diatas..., rapat-rapatkan saf dengar eh silap, baca cerita aku nih...

Jeng....jeng..jengg..jeng..jeng...

Aku nak tanya satu soalan dulu, tadi kata nak cerita pastuh sibuk nak tanya pulak, jap-jap bagi aku tanya dulu, korang jawap ek.

Soalannya, Benda apa atau situasi bagaimana yang membuatkan anda rasa nak tepuk-tepuk dahi, mulut herot berot, hati mula panas..., stressss????

Situasi itulah yang berlaku pada aku petang dah dekat nak senja tadi.

Aku, kat dapur, tengah goyang-goyang sudip sambil nyanyi-nyanyi ( orang tua-tua kata tak baik nyanyi kat dapor nanti dapat laki tua, hahahaha...takpa aku boleh ajo nak nyanyi kat dapor sebab aku dah kahwin, nasib korang lah yang anak dara lom kawen jangan dok nyanyi kat dapor).

Nasi aku dah masak, sayur aku dah goreng, tinggal telur ngan ikan saja yang belum. Aku pun tenggekkan kuali bukak api, dengan niat nak goreng telur . Tenggek pulak sang cerek nak jerang ayaq. Yeayyy...tak lama lagi boleh lah aku menjamu suami dan anak-anak makan.

Baru jer aku pusing ambik mangkuk nak masukkan telur dalam ke dalam kuali, tiba-tiba ada yang tak kena. Jap-jap..., tadi aku dah pasang api napa padam lak nih..., Hah punggah...!
Aku pun yo yo O aja hidup kan api, 10 kali masih juga dia tak menyala.
Hah dah sah....Gas habih.... Uwaaaaa..., Kenapalah masa ni juga kau nak habis? Tak boleh ker pilih masa yang lain..., aku lagi sikit nak habih masak nih masa ni jugak kau nak missing in action...
Kenapa???!!!! Apa dah jadi Peahhhhhhhh....??? Hah ambik kan aku dah namakan kau wahai tong gas.

Tensen betul lah.....


Baca pulak yang ni bila aku cuba translation key kat atas tu hah... Apa yang kau mengarut nih ?
Bagai nak rak aku gelak sensorang..., adessssss....

Opppsss ...., is not named Peah that surprised to hear me shouting the title of Miss Kat on ...., sorry Madam, aunt, Mak Ngah or Datin named Peah .... hahaha, I solemnly its central melalut.


Okay back to why I am heading over melalut ker ..., close, close the distance row eh heard wrong, I read the story nih ...

.... Jeng Jeng Jeng .. .. .. jengg Jeng ...

May I ask one question first, I just said I asked a busy pastuh story pulak, AEC, AEC, I asked for a bit, still place ek answer.

Question, what things or situations that make you feel how the pat-pat my forehead, mouth herot berot, the liver hot ..., stressss??

Such situations occur in the evening, I close I just want to dusk.

Me, Kat kitchen, central a spatula while rocking-rocking sing-sing (elders say is not good kitchen funeral will be singing the old man, hahahaha ... takpa want to sing, I can Ajo Kat my kitchen because I married, fate is still place The LOM virgin kawen not dock singing Kat kitchen).

I cook my rice, I've fried vegetable, live fish eggs just yet ngan. I also tenggekkan bukak pan fire, with the intention of my eggs fried. Tenggek pulak I boiled the kettle sang ayaq. Yeayyy ... soon to be husband and I entertain the children eat.

New to my turn I want to take a bowl put the eggs into the pan, suddenly not be there. Jap, JAP ..., I've just installed the seal off the fire Napa nih ..., punggah ... hah!
I have been yo yo O aja kan live fire, 10 times he still does not light up.
Gas hah .... i valid habih .... Uwaaaaa ..., Kenapalah my time is you want out? I can not select the other ker ..., I was a bit like cooking habih ni jugak nih time you want missing in action ...
Why ???!!!! What has become Peahhhhhhhh ....??? Hah take you right I call you my gas cylinder.

Tensen was right .....

Aduh sakit perot Makcik....Hahahahaha...

Tolong.....tolong...!!!!


Tolonglah...!!! Wahahahaha....aik tadi minta tolong lepas tuh ketawa ntah macam pontianak terlepas kandang....
Aku tengah boring ni tau tak, apa tak tau...meh sini rapat sikit aku nak bagitau... Aku boringgggggggg.....!!!
Agak tidak betoi di situ....

Tengok kalendar, belek pi belek mai, ishhh awat yang lambat sangat nak gaji ni ha, hehehe macamlah gaji aku. Sesungguhnya itu gaji my hubby, aku tukang simpan..kihkihkih..
Ala..., simpan ler yang bahagian duit dapor tu. Lepas tu aku jugaklah tukang kira bill tiap-tiap bulan, akauntan Encik Mohd Zamri. Akauntan yang tidak bertauliah, tu la pasai dulu tak mau ambik akaun, aku ambik sastera ha la nih, bersajak sana bersajak sini. Heh jangan pandang lekeh pada sasterawan macam aku tau, kang aku suruh korang bersajak kang, hehehe...



Khamis, 8 April 2010

Bila dah pandai-pandai sendiri.


Petang nih terasa nak makan donut. Dok asyik google resepi sana-sini. Bukan tak biasa buat, tapi nak cari resepi yang senang dan ekspress. Almaklumlah aku ni bab nak tunggu-tunggu sampai doh naik memang fail. Satu lagi bab nak menguli, kalau kek laju jer, sebab senang pakai mixer. Nampak sangat tak penyabar nya.Dapat satu resepi terus aku cuba. Tapi tak adalah ikut betul-betul, sebab rasa nak buat sikit aja. Mak Cik nak try dulu. Lambat pulak tunggu campuran yis,gula dan susu berbuih. Memang nak cepat ajo. Akhirnya, mulalah aku memandai sendiri. Gedebak -gedebuk, gedebak-gedebuk dah siap. Hahahahhaha..., tapi doh pulak rasa macam lembut sangat, nah hambik bukan donut tapi char kueh jadinya, doh yang lebih aku bulat-bulatkan terus masuk oven, hambik..., lagi senang. Terus jadi roti, kihkihkih...( tak boleh makan yang bergoreng sangat nanti aku pengsan pulak, ini pun dah ada rasa pening-pening lalat, lalat pun tak pening macam aku).

Magickan..., dari resepi donut boleh dapat resepi rahsia char kueh yang gebu( gambar tak sempat ambik sebab dah dibaham) dan juga selama ni kalau buat roti tak pernah nya menjadi tapi hari ini naik dengan gebu dan jayanya. Rasanya pun sodap...

Jumaat, 2 April 2010

Bersantai di Pantai.












Boring pulak duduk di rumah , kesiankan anak-anak asyik terperap di rumah. Jadi kami mengatur rancangan ke Pantai Kok , sekadar mengambil angin petang sambil makan-makan. Nyaman nya ditiup angin sambil mata tak lekang menatap kebiruan laut.

Alia's guest book